Home travelog Vietnamese Water Puppet show @ Ho Chi Minh City

Vietnamese Water Puppet show @ Ho Chi Minh City

by JMR
11 comments

Seumur hidup aku, tak pernah lagi tengok secara ‘live‘ persembahan boneka/’puppet’. Apa tah lagi ‘Water Puppet‘. Teruja. Tak pasti kat Malaysia, ada tak persembahan sebegini. Persembahan pak menteri ibarat boneka kosong selalu la tengok kat TV..opsss hahaha..

Vietnamese Water Puppet Show adalah satu persembahan traditional Vietnam sejak abad ke-11, dikatakan berasal dari Delta Sungai Merah, Utara Vietnam. Puppet/Boneka ni benda bukan bernyawa, jadi pasti ada seseorang yang mengawalnya.

Kagum lak aku tengok kecekapan diorang mengawal pergerakan puppet-puppet tu semua, sampaikan pada awal persembahan, aku dah dok fikir apa kombinasi software+hardware yang diorang pakai, pergerakan mekanikal dan elektronik yang sangat smooth. Programming apa pakai? motor gear, robotic arm apa pakai? Integrated circuit apa? Electronic wiring lak macam mana? ..setengah jam gak aku dan budak-budak lain dok fikir jawapan dia. Tu la yang jadi bila engineers tengok sesuatu show yang pelik-pelik, pasti dok fikir macam mana diorang buat!

 

Series syok tengok Water Puppet Show. Setiap show ada jalan cerita tersendiri. Memang ada dialog diiringi muzik tradisional secara live. Lebih kurang sejam persembahan, walaupun aku tak faham sangat cerita dia sebab dialog dalam bahasa Vietnam, tapi series tak bosan! Dari dialog si penglipur-lara, aku boleh la agak-agak jalan cerita dia  yakni tentang satu kampung diserang dengan naga..pastu keluarlah puteri raja yang nak dikahwinkan dengan anak raja..itik-itik berenang riang..hahahahahhaa..ok ok aku main belasah jerrrr..tak faham pun.

Dengan harga tiket lebih kurang VDN60,000-VND100,00 , memang berbaloi. Aktiviti ni memang patut korang masukkan dalam itinerary bila datang ke Ho Chi Minh City nih. Aktiviti menarik di Ho Chi Minh City yang patut korang buat.

 

Jawapan kepada persoalan aku terjawab masa penutup persembahan Water Puppet ni. Rupanya, dalam pergerakan banyak banyak puppet tu dikawal oleh 8 orang pemain ni. Walaupun pergerakan puppet tu bersimpang-siur, satu step pun tak kantoi. Cekap!

No wonderlah, Vietnamese Water Puppet Show ni dah pernah mengadakan persembahan di banyak negara di seluruh dunia!

11 comments

azlina February 15, 2018 - 12:25 pm

beli tiket kat sana ke online

Reply
JMR February 16, 2018 - 1:33 am

beli kat sana je.

Reply
Aktiviti Menarik di Ho Chi Minh City – Cyclo City Tour | June 1, 2016 - 7:47 am

[…] Tour City kami bermula selepas aktiviti menonton Vietnamese Puppet Show. Sebenarnya, aktiviti Cyclo Tour City ni dah termasuk dalam pakej oleh ejen kami. Jadi, sebaik […]

Reply
Noriza Rahman May 24, 2016 - 9:48 am

Wah nampak pun menarik tu..agaknya macam opera cina juga la ya.cumanya yang ni dimainkan dalam air
Noriza Rahman recently posted…DIET Pemakanan Semasa Proses Detoks ParasitMy Profile

Reply
Ikhwan May 23, 2016 - 3:04 am

anak anak pasti terhibur 🙂
Ikhwan recently posted…Komisyen Dari Uber Tanpa Pandu KeretaMy Profile

Reply
Khairul Zamri May 22, 2016 - 6:00 pm

Harap-harap dimurahkan rezeki nak jejak kaki ke negara orang juga nanti
Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan RamadhanMy Profile

Reply
oh pt3 May 21, 2016 - 11:51 pm

uniknya. tak pernah tahu pun ada persembahan yang macam ni.. kalau kat malaysia ni, wayang kulit je la
oh pt3 recently posted…PT3 Sejarah 2016My Profile

Reply
anuar May 21, 2016 - 6:39 am

Menarik ni.. saya pun belum pernah lagi tengok secara live.. dapat peluang tengok dkt internet jer… tu pun setelah membaca blog ni… hehehe…
anuar recently posted…Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.My Profile

Reply
deq noor May 20, 2016 - 7:14 pm

teringat kisah masa pergi tengok show ni. jalan kaki je dari hotel, jauh juga lah sebab kononnya nak jalan-jalan tengok view. balik dari show ambil teksi sebab dah malam & teksi cas VND 300,000. Mahal giler! Huhuhu…
deq noor recently posted…Ice Bucket AEON Mall Shah AlamMy Profile

Reply
Raihanah Ahmad May 20, 2016 - 11:12 am

orang betul ke tu? camne dia kontrol dlm air ek?
Raihanah Ahmad recently posted…Pengalaman Detox 30 Hari Dengan ShakleeMy Profile

Reply
izwa May 20, 2016 - 8:31 am

Terpikir benda yg sama! Ehhh wiring mcm mana?tak kene air ke?? dia berdiri tu mmg basah lah?? ehh canne dia gerak..ehh mcm mana dia ke depan?? lalu melopong sampai abis show…hahahaha…
izwa recently posted…PPA1M : Tingkat 26 Aku Pasrah Dalam Berserah !My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam