March 29, 2024

Penggemar Ketam Perlu Tahu Ini

Ketam antara menu makanan laut kegemaran orang Malaysia, tak kira bangsa atau budaya. Cara masak pula ada pelbagai gaya dan cara.

Bagi aku, menu ketam ni aku lebih sukakan masak pedas-pedas. Sebabnya, isi ketam kan dah manis, tambah pula rasa pedas-pedas sikit, umphhh pasti bertambah nasi dua tiga pinggan.

Menjadi kebiasaan semasa membeli bahan mentah sama ada makanan laut atau ayam di pasar basah, pembeli akan memilih, menimbang dan membayar mengikut jumlah timbangan.

Jika harga semasa ketam nipah RM28 untuk satu kilogram, maka pembeli akan membayar RM56 untuk 2 kilogram timbangan ketam nipah pilihannya.

ketm nipah segar

Bagaimana pula makanan yang dimasak di restoran-restoran makanan laut? Biasanya harga yang dipamer mengikut harga pasaran semasa termasuklah kos memasak & servis. Harga pasti lebih tinggi kan? Terutama di restoran yang menyediakan servis yang terbaik..Semestinya…

Tetapi bagaimana pula dengan timbangan? Adakah sama berat yang ditawarkan di dalam sesuatu pakej dengan berat sebenar? Adakah patut pelanggan membayar dengan harga yang lebih tinggi untuk ketam yang dimasak, walhal berat ketam itu makin berkurangan??…ini yang menjadi persoalan kepada penggemar makanan laut.

KETAM NIPAH

Semasa kunjungan aku ke tiga buah restoran makanan laut terkenal iaitu dua di Damansara dan satu di PJ SS2, aku telah memesan menu ketam dengan saiz berbeza, masakan berbeza dan berat yang berbeza. Take away. Bawa balik, makan di rumah.

Korang pernah tahu tak berat seekor ketam yang belum dimasak dan selepas dimasak adalah BERBEZA?

Jom lihat apa perbezaan yang telah aku temui.

HARI PERTAMA – SHELL OUT & JUST SEAFOOD.

1.SHELL OUT

Aku telah memesan 2 ekor ketam nipah bersaiz XXL dan XXXL. Waiter tunjukkan aku 2 ekor ketam (gambar pertama di atas) yang masih hidup. Kata mereka, untuk saiz XXXL berat seekor ketam nipah ialah 900gram Β dan 800gram untuk seekor ketam nipah bersaiz XXL. Aku menunggu selama 15 minit untuk siapkan menu pesanan aku. Katanya, ketam itu akan disiang dan dibersihkan sebelum dimasak mengikut pesanan aku.

 

Di rumah, aku asingkan sos dan timbang satu per satu ketam nipah XXXL dan XXL. Ya, ada perbezaan berat sebelum dan selepas dimasak. Ketam bersaiz XXXL akan berkurangan berat sebanyak lebih kurang 350g dan XXL berkurangan sebanyak lebih kurang 380g.

 

2.JUST SEAFOOD

Aku telah memesan 1 kilogram Meat Crab Cook in Cajun. Aku dapat 3 ekor ketam untuk pesanan 1 kilogram ini. Dari segi fizikal, 3 ekor ketam ini bersaiz L. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.

CRAB COOK IN CAJUN

Sama juga seperti di atas, aku asingkan sos dan timbang 3 ekor ketam ni. Berat berkurangan menjadi 640 gram iaitu berkurangan lebih kurang 120g setiap seekor.just seafood

PERBEZAAN SAIZ CENGKERANG KETAM NIPAH XXL & XXXL (SHELL OUT) & JUST SEAFOOD.

 

Agak ketara perbezaan saiz cengkerang KETAM antara kedua-dua restoran tersebut.

HARI KEDUA – CRAB FACTORY & SHELL OUT

1.CRAB FACTORY (PJ SS2)

Aku telah memesan Meat Crab bersaiz M & L. Tetapi aku hanya berjaya dapat dua ekor ketam bersaiz M kerana ketam bersaiz L telah kehabisan stok. Ramai pelanggan gemar memesan ketam bersaiz L, kata waiter yang mesra dipanggil En.Helmy.

Ketam bersaiz M di Crab Factory, mempunyai berat 550g setiap seekor. Selepas dimasak, berat berkurangan menjadi 350g. Sebijikk sama berat yang berkurangan untuk dua dua ekor ketam ini, hanyalah berkurangan sebanyak 200g.

4.SHELL OUT

Sekali lagi aku ke Restoran Shell Out. Tapi kali ini, aku memesan ketam nipah bersaiz XXL dan XL dengan berat sebelum dimasak masing-masing 800g dan 700g.

Selepas ketam disiang, direbus dan dimasak mengikut pesanan aku, berat ketam nipah XXL menjadi 430g, iaitu berkurangan sebanyak 370g, manakala berat ketam nipah bersaiz XL menjadi 340g, iaitu berkurangan sebanyak lebih kurang 360g.

PERBEZAAN SAIZ CENGKERANG KETAM NIPAH XL & XXL (SHELL OUT) & SAIZ M (CRAB FACTORY).

KESIMPULAN

Semestinya berat ketam yang segar sebelum dimasak akan berkurangan selepas dimasak. Berat sebelum dimasak adalah berat kasar dikira bersama perut/bahagian dalam, kotoran etc. Atau mungkin kandungan air di dalam badan lebih banyak sebelumnya berbanding selepas dimasak? Atau juga, proses yang melibatkan haba semasa dimasak menyebabkan berat ketam selepas masak makin berkurangan?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

19 thoughts on “Penggemar Ketam Perlu Tahu Ini

  1. fuiyooo! rajin tu kaji sampai begitu sekali. Kalau DN, makan, sedap & kenyang… burpppp!!! alhamdulillah… πŸ˜€

  2. lama tak makan ketam, bukan tak suka tapi harganya mahal sangat. Kena tengok bajet kalau nak makan ketam..sesekali.. boleh la..saya suka makan bahagian badan dia je..kalau tang kaki dia, semua bagi suami..haha..

  3. memang ler berbeza. dan dah menjadi lumrah, pembeli kena membayar harga sebelum di masak. bagi abam tak der masalah lah tu. yang menjadi masalah pada abam ialah kepada abe Jamar tak ajak Abam Hoq makan ketam tu sekali. yang memang nak marah… hahahaha

  4. mahal nya harga ketam nipah tu..dkt KK Sabah..belambak ketam nipah tu di jual tepi jln atau tamu2 kecik..tak kira timbang kati kilo..besa org jual kira seikat..setompok..splastik..klu dkt psr bsr KK..di jual sekilo 10rgt..sy biasa beli ketam suri atau ketam laut shj..paling besar sekilo 15/18rgt..perna beli dkt supermarket..size pling bsr jual dgn harga 25rgt skilo..itu la 1st tym sy beli ketam dgn hrga yg palinggggg mahallll…

    1. Salam..haritu sy pergi tawau & beli ketam nipah dgn harga RM55.00 sekilo…suami beli 3 kilo utk bwk blik ke semenanjung dlm 12 ekor tu sempat mkn 7 ekor jer & selebihnya sy biarkan hidup dalam bekas yg berisi sedikit air sbb ingt nk masak pd hari yg lain..tp x sempat..x smpi 24 jam semua ketam tsebut mati & bdn jd kosong.

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *