HALAL Kopi Sedap Vietnam

Bagi penggemar tegar KOPI, Vietnam, antara negara yang menyediakan kopi sedap.

Rasanya bukan sahaja kepada penggemar kopi tegar, yang kurang gemar juga akan mencari kopi Vietnam HALAL sekiranya berkunjung ke bandar Ho Chi Minh terutama di sekitar Ben Thanh.

Pergi sahaja ke area sana, pasti korang akan terjumpa peniaga yang menjual HALAL KOPI VIETNAM hanya menggunakan motosikal. di belakang motor, ada satu kotak yang memuatkan ais, susu pekat dan peralatan menjual lain.

Harga adalah RM3 untuk secawan, tapi aku lebih suka membayar menggunakan matawang Vietnam,VND15,000 secawan..(Rate aku dapat, VND10,000=RM1.82)..lebih berbaloi kan..hehehe..

Betul ke sedap HALAL KOPI VIETNAM ini?

Bagi aku biasa biasa sahaja. Mungkin ada yang kata rasanya berbeza, disebabkan penggunaan susu pekat yang rasanya sedikit masam berbanding susu pekat yang ada di Malaysia.

Buktinya, ada kawan aku yang beli sekotak susu pekat yang dijual oleh penjual kopi ini dan bawa pulang ke Malaysia. Katanya, kopi ais yang dibuat menggunakan susu pekat tu, sebijikkk sama rasa dengan KOPI VIETNAM yang dijual di Ben Thanh..hehehe

Apa-apa pun, rambut sama hitam, nafsu lain-lain kan..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam