March 19, 2024

Asam Pedas Sedap Melaka @ Restoran Asam Pedas Jr

Asam Pedas Sedap Melaka @ Restoran Asam Pedas Jr

Berkunjung ke Melaka, tak lengkap sekiranya tak pekena asam pedas sedap Melaka. Mencari restoran asam pedas di Melaka tak sukar, banyak restoran di sekitar bandar Melaka menyediakan menu itu. Cuma untuk mencari restoran yang menyediakan menu asam pedas sedap dan berbaloi, itu perlukan sedikit usaha.

RESTORAN ASAM PEDAS Jr, BANDAR HILIR.

Hari pertama untuk trip hari jadi isteri, kami ke Restoran Asam Pedas Jr di Culture Food Village Bandar Hilir untuk makan tengah hari.

 

Restoran Asam Pedas Jr bukan hanya menyediakan menu asam pedas sedap Melaka tetapi ada pelbagai variasi lauk pauk seperti ikan bakar, udang galah, ayam kampung goreng etc. Nampak sedap sedap semuanya. Kali ini, kami hanya fokus kepada menikmati menu asam pedas di sini.

 

Asam Pedas Pari (RM8/periuk) untuk isteri dan Asam Pedas Ikan Parang (RM8/periuk) untuk suami. Boleh tahan harga dia kan. Bagi aku masih murah sebab ikan dia besarr ok. Nasi putih menggunakan beras wangi (RM3/pinggan) termasuk telur masin. Set ulaman tu pula RM5.. Ayam kampung goreng tu untuk abang Ayyan. Nasib baik dia makan dengan penuh selera, tak membazir. RM12 seketul ok, kalau membazir mahu kena membebel ngan aku..hahaha..

 

Kuantiti menu di sini memang puas hati. Cuma bagi aku, kepekatan asam pedas kat sini kurang sikit, agak cair. Aku lebih suka yang sedikit pekat tapi tak terlalu pedas. Lain orang, lain seleranya kan. Makan pula dengan nasi putih panas panas, ada setengah biji telur masin dan ulam raja, dah cukup menaikkan selera aku. Nyummy!

Jadi, ingat asam pedas sedap Melaka, ingat Asam Pedas Jr Melaka!

Burppp..alhamdulillah…

Alamat Asam Pedas Jr Melaka:

Newton Culture Food Village, PT499, Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka.

Tel: 0166711124

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Asam Pedas Sedap Melaka @ Restoran Asam Pedas Jr

  1. Alamak tempting plak tgk asam podah.
    Tahun lepas ke melaka cuba asam pedas tapi x boleh layan tekak. Asam pedas johor gak menjadi.. kekeke

  2. Ada terlalu byk kedai yg menjual asam pedas di Melaka… nak mencari yg terbaik dlm kalangan yg terbaik yg tak berapa nal reti tu… so, tq di atas perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *