March 29, 2024

Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi!

Asam pedas Melaka atau Coconut Shake Klebang antara makanan yang dicari apabila berkunjung ke Melaka.

Cuba mencari kelainan tempat makan sedap yang terdapat di Melaka, aku ke restoran yang menyediakan steak & menu barat sedap, Melantak Steak Hub yang terletak di Kota Syahbandar, Melaka.

MELANTAK-STEAK-HUB

Walaupun kunjungan kitorang ke sini pada hari biasa, Melantak Steak Hub tetap full house! Terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit untuk mendapat tempat kami. Untuk makluman, Melantak Steak Hub ni terletak tepi Selat Melaka, jadi agak berangin dan nyaman keadaan di sini.

DAGING-KUALITI-TINGGI

Istimewa di sini, pelanggan boleh memilih sendiri baham mentah untuk dijadikan hidangan. Jangan risau. Setiap bungkusan daging mentah, dipamerkan berat dan harga. Sila pilih ikut nafsu dan kemampuan. hehehe..

Da siap pilih, boleh bagi kepada krew dan diskaslah cara masakan yang korang inginkan..

POTATO-WEDGES

Sambil menunggu pilihan steak siap dimasak, bolehlah pesan menu pembuka selera ie: Potato wedges. Berborak sambil mengunyahkan.

T-BONE-STEAK

Sekali-sekala bekerja di luar kawasan bersama Project Team, apa salahnya mencuba menu premium sebegini kan. T-Bone Steak Medium Rare pesanan aku. Memang rare! Dengan rasa daging yang gaak juicy dan lembut. Untuk RM13.90 untuk 100gram, aku kira sangat berbaloi! Ditambah pula dengan sos yang sangat unik di lidah aku.

Serius, aku rasa nak tanya je chef, resipi sos unik tu!

RIBEYE-SEDAP

Rib Eye dari daging Grain Fed dengan Medium Rare, tengok pun dah telan air liur kan?

InsyaAllah, kalau ke Melaka sekali lagi, pasti aku akan singgah ke sini.

Alamat Melantak Steak Hub:

No12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi!

Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *