Cara Buka Akaun PAYPAL & Withdraw PAYPAL ke Akaun Bank

Kebelakangan ni, ramai yang bertanyakan cara buat akaun Paypal.

Terutama blogger yang pertama kali buat duit dengan USD atau foreign currency lain.

Ada tu, dah ada akaun Paypal, tapi tak tahu nak submit ID Paypal yang mana satu. hehe.

cara-buka-akaun-paypal

Nak daftar akaun Paypal?

Senang sahaja. Buka website Paypal di www.paypal.com dan sign up untuk daftar pertama kali..lepas tu sila ikut arahan seterusnya. Takkan tu pun nak kena ‘suap’ kat sini gak kan..haha..

Yang penting, semua details kena betul, terutamanya akaun bank. Sebab dari situ dan ke situlah, setiap transaksi dilakukan. Jangan risau, semua details akan disimpan rapi oleh Paypal.

Transaksi boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau kad debit. Jadi pastikan korang ada salah satu daripada kad itu. Sedikit fee akan dikenakan (RM10) untuk permulaan akaun Paypal.

Tak sampai setengah jam, taraaaa..korang dah ada akaun Paypal!

Harus diingat; ID Paypal ialah email yang korang daftar tau!

Secara asas, Paypal digunakan untuk menerima wang dan mengeluarkan wang. Bagi aku, aku gunakan akaun berasingan untuk menerima wang daripada online job dan juga online shopping.

CARA KELUARKAN DUIT/WITHDRAW  DARI PAYPAL KE AKAUN BANK.

get-started-paypal

Setiap kali menerima bayaran (duit masuk), Paypal akan notify korang melalui email. Korang boleh cepat-cepat login akaun Paypal dan semak baki terkini, sama ada dalam matawang Ringgit Malaysia atau luar negara.

paypal-withdraw

Yang bestnya, Paypal dan siap-siap convert baki terkini ke dalam matawang Ringgit Malaysia, mengikut kadar semasa. Lagi best, korang boleh withdraw dari Paypal ke akaun bank tempatan secara partial (mengikut jumlah yang korang suka).

paypal-withdraw-3

Cara Withdraw dari Paypal ke akaun bank tempatan senang sahaja.

1- Login akaun Paypal.

2-Klik My Account -> Withdraw -> pilih sama ada withdraw ke akaun bank/kad.

3-Masukkan jumlah yang layak korang withdraw(ada jumlah minimum ok). Kemudian, pilih akaun bank tempatan yang korang nak masukkan duit daripada Paypal.

paypal-withdraw2Transaksi dari Paypal ke Bank Tempatan tidak akan dikenakan bayaran sekiranya jumlah transaksi melebih RM400. Fee RM3.00 akan dikenakan sekiranya jumlah transaksi kurang.

Kemudian, klik CONTINUE.

paypal-withdraw-4

Pastikan korang review details transaksi sebelum teruskan. Kalau tak berpuas hati dengan rate semasa, boleh cancelkan perjalanan untuk hari ini. Tunggu masa Ringgit melonjak naik dengan riangnya. Kalau berpuas hati, teruskan sahaja.

paypal-withdraw-5

Selepas transaksi berjaya dilakukan, korang perlu menunggu 2-3 hari bekerja sebelum duit traksaksi dari Paypal muncul di akaun bank tempatan korang. Kena sabar.

paypal-withdraw-6

Biasanya, janji Paypal memang ditepati. Jangan risau. Kalau something goes wrong, boleh hubungi diorang untuk pertanyaan selanjutnya.

Selamat berPaypal!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

7 Comments

  1. kebetulan, saya sedang berencana membuka akun Paypal,, thanks sudah berbagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam