March 19, 2024

Diskaun 50% untuk Pinjaman Pelajaran MARA!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua peminjam pinjaman pelajaran MARA.

Ada berita baik untuk semua peminjam pinjaman pelajaran MARA. Walaupun aku dah tahu pasal DISKAUN ini dari awal lagi, tapi sampai hari ini, masih belum bertindak. *lupaletakmanadegreeaku

Untung ada kawan blogger yang jadi orang penting dalam Bahagian Kawalan Kredit MARA a.k.a Akak Mara .

banner50-01

Ini peluang baik untuk melunaskan segala hutang pinjaman pelajaran MARA. Diskaun 50% tu..lagi satu, yang dah dapat pengurangan pinjaman pelajaran MARA pun berpeluang mendapat diskaun tambahan sebanyak 20% lagi..

pergh pergh..hutang aku ada RM1600 je lagi ni..lepas ni bebas HUTANG.

Cara nak dapat pengurangan pinjaman pelajaran MARA?

Senang je, bermula 7 April 2016 hingga 31 Disember 2016, cepat-cepat layari:

 http://insentif50.mara.gov.my

Kat situ ada caranya.

Kalau nak lebih faham, boleh ke entri Insentif 50 Tahun MARA: Pemberian Diskaun 50% Bagi Pinjaman Pelajaran MARA.

Selepas baca, hadam dan terus ambil tindakan ye. Ini satu peluang yang mungkin datang 50 tahun sekali je..hehehe.

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

…mungkin ada yang tidak berpeluang mengambil kesempatan ini, tetapi setidak-tidaknya dah ada niat&berusaha untuk membayar hutang pun dah mencukupi

*thumbsup..

Jangan buat dekkkkkkk je kalau dah berhutang tu ye.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Diskaun 50% untuk Pinjaman Pelajaran MARA!

  1. Perghhh….da habis bayar loan MARA baru nak ada diskaun macam ni…ini tidak adil ! HAHA…

    Dulu dapat pengurangan 90% daripada jumlah loan…bayar 10% je…kalau la dulu ada macam ni…bayar 10% je…lepas tu dapat pula tambahan 20% diskaun lagi…makin sikit la kena bayar balik…so, siapa yang masih belum settle kan hutang MARA ni…baik cepat ambil peluang ni…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *