Taman Tema Keluarga: The Little Big Club, Puteri Harbour

Taman Tema Keluarga di Johor Bahru: The Little Big Club, Puteri Harbour

Mana-mana parents yang ada anak seusia anak aku, konfem akan kenal salah satu watak ini; Hello Kitty, Bob The Builder, Angelina Ballerina, Pingu atau Barney! Mak pak boleh menjiwai semua watak ini di bawah satu bumbung di Taman Tema Pilihan Keluarga- The Little Big Club, Puteri Harbour .

Di The Little Big Club, anak-anak akan berada dalam dunia watak-watak ini. Taman Tema Keluarga yang terletak di Puteri Harbour ini pasti menceriakan anak-anak sepanjang hari, termasuklah anak aku, Dayyan Harith yang berusia 2 tahun 10 bulan.

entertaiment schedule

Kami ke sini semasa cuti Chinese New Year. Jadi, keadaan di The Little Big Club ni lebih meriah berbanding hari biasa. Meriah dengan pengunjung yang lebih ramai dan juga Entertainment Show yang dah dijadulakan mengikut masa&show. Ibu bapa boleh rujuk masa dan show di pintu masuk, senang nak ejas dan rancang masa dalam ni.

bob-the-builder

Sebelum mula beraktiviti, kena buang apa yang patut. Dayyan teruja giler masuk toilet ni. Dari 3 minit dah jadi 5 minit.

little big club

Untuk keselamatan, mak pak seeloknya sentiasa memerhati (observe) gerak-geri anak semasa mereka bermain atau beraktiviti di sini. Memanglah peralatan dan permainan ini direka khas dan selamat, tetapi malang tidak berbau kan?

barney and friends

Selain melakukan aktiviti atau menonton pertunjukan di sini, pengunjung juga boleh bergambar bersama karakter-karakter pilihan. Boleh guna kamera sendiri atau pun kamera pihak The Little Big Club, dengan cas harga tertentu untuk mendapatkan gambar sebagai tanda kenangan.

bellarina

Aku pasti, dalam usia belum sampai 3 tahun ni, Dayyan hanya tertarik dengan watak yang dia kenal dan pernah menonton di kaca TV. Kecuali karakter dalam Angelina Ballerina ini. Rasanya dia tak pernah pun menonton siri kartun ni.

Sebenarnya, bilik ini adalah untuk kelas tarian. Majoriti kanak-kanak yang join kelas ini adalah perempuan. Bila dah selesai kelas, selambar je Dayyan ajak karakter tu menari bersama, padahal kayu! haha..

bob-the-builder

Bob The Builder.

bob-the-builder-play

Kawasan tempat bermain dibahagi mengikut watak/kartun. Jenis-jenis permaianan pula disediakan mengikut watak sebenarnya karakter. Tempat feveret Dayyan adalah Bob The Builder selain daripada Thomas The Train. Mahu dekat sejam dia dok main kat dalam ni.

The Little Big Club, Puteri Harbour

Akhirnya, impian Dayyan & Danish untuk bersua muka dengan Thomas Train yang real tercapai! Siap dapat ride lagi kan.

thomas-train-ride

Ni muka excited ke cuak nak ride train ni??

precious-momen

Aktiviti di The Little Big Club ni bukan hanya untuk anak-anak, bapak kepada anak pun boleh join sama. Precious momen!

photo-here

Masa ni lah nak bergambar comel-comel kan.

train-ride

Yang best kat sini, banyak mana, lama mana korang nak beraktiviti, tak kisah. Sampai penat. Dua tiga kali nak ride sampai Dayyan dah bosan ride Thomas The Train ni pon takde hal. Adik Danish, dari cuak dah jadi teruja giler lak naik train ni.

The Little Big Club, Puteri Harbour

Agak-agak dah penat, boleh berehat sebentar di sofa-sofa yang disediakan. Sambil-sambil tu, Dayyan boleh asah kemahiran otak bermain permainan blok ni. Agak-agak dah give up, sambung main game lain plak. The Little Big Club, Puteri HarbourSemangat giler anak-anak beranak ni nak belasah penguin tu.

adik

“Adik nak gi mana tu??”

..banyak lagi gambar ni. tapi aku dah ngantuk.esok la sambung-JMR:-p

Jadi, kalau kau orang datang ke Johor dan anak-anak masih kecil, masih ada pilihan lain selain daripada Legoland. Silalah ke The Little Big Club, Puteri Harbour ini!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

4 Comments



  1. waa..bob the builder tu.bawak anak-anak buah ke sini mesti seronok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam