Tak semua bijak melabur!

Tak semua bijak melabur!

“Anda nak buat pelaburan yang mendatangkan pulangan yang lumayan?”

Soalan yang selalu aku dengar dengan jawapan, “Ya!” ..

penuh bersemangat..

“Ya” merujuk kepada ‘pulangan yang lumayan’, bukan merujuk kepada ‘pelaburan’. Aku teka. Sebab majoriti orang kita masih belum sedar tentang mana satu PELABURAN yang betul untuk diceburi.

Sebab itu ramai orang kita yang tertipu dengan skim cepat kaya, scam pyramid ‘login facebook dapat duit’, ditipu oleh broker tanah konon-konon boleh jual tanah dengan harga berlipat kali ganda, bisnes dengan keuntungan tetap setiap bulan tanpa perlu menjual dan macam-macam lagi la. (Orang kita memang suka cari jalan mudah!)

Peliknya, ramai yang senang ditipu oleh ejen ‘skim cepat kaya’ berbanding celik hati&mata dengan kaedah pelaburan yang betul dan patuh syariah.

Bagusnya keinginan untuk menambah pendapatan untuk MELABUR itu dah ada, kesedaran untuk MELABUR pun dah ada, cuma kaedah dan cara je belum kena atau dengan kata lain, BELUM CUKUP ILMU untuk MELABUR.

Setakat ini aku sendiri dah pun terlibat dalam bidang pelaburan hartanah & saham unit amanah. Sedia maklum, kedua-dua pelaburan ini adalah RENDAH risiko dan patuh syariah semestinya (pilihan aku..) Dalam masa sama, aku sedang mempelajari selok-belok ilmu pelaburan saham (Bursa Malaysia) dengan seorang pelabur saham yang juga rakan baik aku.

Ramai tak tahu, ada lebih 600 kaunter yang patuh syariah di Bursa Malaysia, jadi takde isu. Tepuk dada, tanya nafsu, tanya iman..

Kata beliau, pelaburan saham adalah satu perniagaan, ada jual beli, ada untung dan risiko rugi. Pelaburan saham mampu memberi pulangan lebih tetapi lebih tinggi risikonya. Perlu tahu Technical Analysis & Fundamental Analysis, di samping sentiasa ambil peduli dengan sentimen-sentimen dan aktiviti-aktiviti pelabur lain. (Jangan risau, ramai sifu di luar sana yang boleh tunjuk ajar. Antaranya adalah Hj Mohd Asri bin Ahmad)

Beliau pernah untung ribuan ringgit dan juga rugi puluhan ribu ringgit. Dalam banyak banyak perkongsian beliau, aku tertarik dengan SEMANGAT beliau yang mungkin jarang diceritakan oleh pelabur saham lain. Kawal emosi semasa berada dalam kerugian, pasang strategi untuk tutup/cover kerugian dengan keuntungan. Ramai yang tewas dalam dunia pelaburan akibat sifat tamak dan rasa kecewa akibat kerugian, seolah-olah dunia sudah berakhir…. Tanpa ilmu dalam dunia pelaburan, memang melebur jawabnya.

Pada yang baru nak mula, pesanan aku tak perlu modal besar-besar, gunakan wang yang ada sahaja.

Untuk mencari ilmu dalam pelaburan, carilah guru yang bukan sekadar manis di mulut, tapi mampu menjadi mentor untuk membimbing.

Jadi zaman-zaman gawat ni kalau rasa nak gandakan duit simpanan korang apa kata hadirkan diri ke satu seminar yang akan diadakan pada 12 Mac 2016 ini!

12745490_802839823193077_2104298181758427522_n

Tak rugi laburkan duit untuk dapatkan ilmu daripada 4 orang pakar ini;

  1. Dr Zaharuddin Abd Rahman

(Pakar Perbankan & Kewangan Islam)

  1. Abang Abu

(Speaker, Trainer, Penulis, Jurulatih Kewangan)

  1. Ahyat Ishak

(Pengarang buku terlaris ‘Strategik Pelabur Hartanah’)

  1. Hj Mohd Asri bin Ahmad

(Mentor Pelaburan Saham No.1 Malaysia, Pengarang buku terlaris ‘Jejak Mentor Pelaburan Saham’, ‘Mudahnya Pelaburan Saham’, ‘Melabur atau Melebur’, ‘Asas Candlestick’)

Seminar anjuran 9 Equity Wealth Creations Sdn Bhd akan diadakan di IDCC Shah Alam pada 12 Mac 2016, bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

senarai-penceramah-hebat (1)

Dengan gabungan 4 pakar kewangan & pelaburan ni, insyaAllah selain ilmu baru tentang pelaburan, segala kekeliruan akan terungkai, terutamanya persoalan halal/haram pelaburan (hukum trading Forex misalnya) dan cara betul melabur dengan kadar risiko yang minima.

Selamat menuntut ilmu dan selamat mempraktikkan ilmu!

Sayang sangat kalau ilmu berguna penuh di dada tapi tidak diamal..aku doakan korang berjaya & kaya dunia akhirat!

Untuk pendaftaran & info lanjut sila layari www.evowang.com

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam