Home blogger 3 Sebab Blogger Perlu Ke Sepetang Bersama Blogger 2016? #SBB2016

3 Sebab Blogger Perlu Ke Sepetang Bersama Blogger 2016? #SBB2016

by JMR
24 comments

Apa itu Sepetang Bersama Blogger 2016?

Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang Sepetang Bersama Blogger 2016 kecuali blogger-blogger yang sentiasa mencari update terkini aktiviti-aktiviti Blogger Malaysia.

Mungkin juga ramai yang masih belum tahu, Sepetang Bersama Blogger dah pun ‘lahir’ sejak tahun 2012. Mungkin juga ada yang tidak tahu, Sepetang Bersama Blogger 2016 dan edisi sebelumnya, dianjurkan khas oleh team Denaihati, khas buat para blogger, usahawan internet dan pengamal media sosial.

Pastinya, ini antara aktiviti atau blog event yang sentiasa dinanti dan ditunggu oleh para blogger Malaysia.

SBB2016

3 Sebab Blogger Perlu Ke Sepetang Bersama Blogger 2016?

Serius. Untuk korang yag bergelar Blogger atau Nak Bergelar Blogger, aku cadangkan korang ke #SBB2016 ini. Kalau nak listkan kenapa, memang banyak. Aku tak tipu sebab aku dah pernah join 2 edisi Sepetang Bersama Blogger pada tahun 2013 & 2015. Ok aku tipu, bukan sepetang gak, edisi 2015, sepagi & sepetang melakukan aktiviti outdoor di Putrajaya Extreme Park.

Sebab 1: Berpeluang Sedut Ilmu mengenai dunia blog.

Aku pasti, setiap aktiviti blog yang dianjurkan oleh team Denaihati, bukan sekadar aktiviti untuk ‘hu ha hu haa‘ sahaja. Pasti ada pengkongsian ilmu daripada mereka yang hebat dalam bidang masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan blog & Buat Duit dengan Blog. Ilmu ni makin dicari makin kita rasa makin banyak yang masih belum tahu. Nak korek ilmu dalam berblogging, kat #SBB2016 la tempatnya.

Sebab 2: Luaskan ‘Networking’

Jika sebelum ini, ramai yang salah anggap aktiviti atau ‘life’ seorang blogger. Mereka anggap, blogger hanyalah sekadar menaip di depan laptop, atau hanya berkomunikasi melalui alam maya/media sosial. Itu silap. Blogger kini perlu membina satu hubungan/networking sesama sendiri supaya lebih ‘kuat’ dan tidak dipandang sebelah mata oleh masyarakat luar. Dengan networking yang meluas, tidak mustahil seorang blogger mampu menjana pulangan yang lumayan dengan blog.

Sebab 3: Cabutan Bertuah.

Siapa yang dah biasa dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Denaihati, pasti sedia maklum dengan kejutan Cabutan Bertuah. Hadiah lak bukan biasa-biasa. Tengok sahaja senarai penaja bersama, bukan calang-calang tu. Ada Yeos, ada EPHYRA, ada Les Copaque dan banyak lagi! Ada rezeki korang, ada la kan.

 

#SBB2015

#SBB2015

Serius, korang tak terasa rugi pun dengan nilai bayaran yang dikenakan tu. Ini baru tiga sebab aku bagi, insyaAllah, korang akan jumpa sebab-sebab lain yang akan memberi 1001 manfaat dalam hidup. Ini bukan event main-main.

Dah Dafter #SBB2016 ke belum?

Cepat DAFTAR sekarang sebelum tempat penuh. Menyesal tak sudah nanti!

JMR: Aku?…hmm..kalau aku daftar, bolehlah kita jumpa di sana!

24 comments

deq noor April 1, 2016 - 11:58 am

macam tak dapat join je… huhu…
deq noor recently posted…Bersantai Melihat Keindahan Phi Phi IslandMy Profile

Reply
Noriza Rahman April 6, 2016 - 3:11 pm

Sama la kita DN, tak dapek nak join juga
Noriza Rahman recently posted…1001 Khasiat Sebiji Lemon , Penyembuh SemulajadiMy Profile

Reply
Noriza Rahman March 31, 2016 - 8:56 am

Memang kompom tak pergi tahun ni…..
Noriza Rahman recently posted…Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa PembedahanMy Profile

Reply
musadun March 28, 2016 - 1:36 pm

kalaulah aku masih ada di KL tadi. memang wajib kena pergi ni..
musadun recently posted…12 Senarai Tol Guna Pembayaran Elektronik SepenuhnyaMy Profile

Reply
Uncle Zuan March 27, 2016 - 8:25 pm

hmm tahun ni mayb tak dapat join……..
Uncle Zuan recently posted…Lorong Seni, Tarikkan Terbaru Bandar SerembanMy Profile

Reply
Blogku March 27, 2016 - 1:56 pm

boleh langsung daftar nih kan, ingin nimba ilmu yg bnyak saya nih.
Blogku recently posted…Baju yang Cocok di Gunakan saat Car Free DayMy Profile

Reply
Blogku March 27, 2016 - 1:55 pm

wah jadinya saya harus ikut nih banyak juga manfaat ikut sepetang blogger nih…

Reply
titan March 25, 2016 - 5:52 pm

apa pasal gambar tu jugak yang ekau letak haa?

haiya..
titan recently posted…Komisen Pertama dari Involve AsiaMy Profile

Reply
Uncle Zuan March 27, 2016 - 8:25 pm

gambar hang menghayati apa tu?
Uncle Zuan recently posted…Lorong Seni, Tarikkan Terbaru Bandar SerembanMy Profile

Reply
Azwar Syuhada March 25, 2016 - 12:43 pm

Kirim pada semuanya, tak dapat join.. 😉

Reply
raihanah March 25, 2016 - 10:22 am

oklah nak register
raihanah recently posted…Sembuh Gastrik dan Migrain Yang Ditanggung Selama 14 TahunMy Profile

Reply
izwa March 25, 2016 - 10:08 am

dah daftar..wehuuuuu~
izwa recently posted…Semput Nyawa Urut Dada Hoi!My Profile

Reply
Mohd Zarin March 24, 2016 - 11:11 pm

Kirim salam teman-teman blogger. Aku confirm.. confirm tak dapat datang.

Reply
JMR March 24, 2016 - 11:23 pm

janji Upin&Ipin datang kan..aku pun confirm gak bro..confirm macam ko gak..haha *sosad

Reply
anuar March 24, 2016 - 8:32 pm

Rasa macam nak pergi.. tapi belum pasti lagi samada blj pergo ke tak..
anuar recently posted…Dekorasi Rumah Bajet By Puan Isteri dan Adik IparMy Profile

Reply
JMR March 24, 2016 - 8:44 pm

kena decide awal2 tu bro, takot seat penuh hehe
JMR recently posted…3 Sebab Blogger Perlu Ke Sepetang Bersama Blogger 2016? #SBB2016My Profile

Reply
Ikhwan March 24, 2016 - 7:12 pm

insyaallah tahun ni pergi 🙂
Ikhwan recently posted…2 Cara Mudah Jana Wang Dengan USDMy Profile

Reply
Fiza Rahman March 24, 2016 - 6:14 pm

Uuwaaaa…. Tak dpt join thn ni sbb dlm pantang lagi. Jeles sgt hokay.

Reply
Julia Johari March 24, 2016 - 5:15 pm

Bagus! Networking itu yg menjamin masa depan terus giat beraksi di depan keyboard.
Julia Johari recently posted…Elle Zada x Sam Syatilla Projek Kolaborasi Raya 2016 | Ini Barulah Champion !My Profile

Reply
Calrase Patrick March 24, 2016 - 5:06 pm

Banyak manfaat join SBB dan saya memang teringin nak pergi tapi belum berkesempatan..
Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

Reply
JMR March 24, 2016 - 5:16 pm

memang banyak manfaat ke event gini..ada rezeki&peluang, kena pergi tu CP!

Reply
Budak Nakal March 24, 2016 - 4:53 pm

Huhu…harap kali ni dpt turut serta, yang lepas miss Hihihi
Budak Nakal recently posted…Kereta Saga BLM ModifiedMy Profile

Reply
reezluv March 24, 2016 - 4:45 pm

aahha..gambar ni jugak nampaknya..:D
reezluv recently posted…Arahan Penutupan Sekolah di Kedah & Perlis Oleh Kementerian PendidikanMy Profile

Reply
JMR March 24, 2016 - 4:49 pm

gambar penuh kenangan dan pengajaran – sampai awal bukan penentu kemenangan..hahaha

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam