March 29, 2024

Hotel Hallmark Regency Johor Bahru, berbaloi atau tidak?

Cerita yang tertangguh.

Hampir 10 hari tidak berkesempatan untuk update sebarang entri. Bukan tiada cerita, bukan tiada masa, tapi ada hal-hal lain yang perlu aku letakkan keutamaan. Kali ni baru ada chance nak sambung balik cerita percutian pendek kitorang ke negeri Harimau Selatan.

Dari Majlis Perkahwinan Jim di Kota Tinggi, terus ke Johor Bahru. Perjalanan lebih kurang sejam setengah sebelum sampai di Hotel Hallmark Regency Johor Bahru. Plan asal Puan Nunu, stay di JB 3 hari 2 malam. Malam pertama di hotel ini, dan malam kedua di hotel lain plak. Aku ok je, walaupun agak leceh nak pindah-pindah kan. Tapi katanya, nak rasa variasi, dan dua-dua hotel ini ditempah di AGODA. Senang dan jimat.

Hotel Hallmark Regency Johor Bahru, berbaloi atau tidak?

Dengan rate RM130 untuk satu malam berbanding dengan keadaan bilik, keluasan/kebersihan bilik dan pakej sarapan pagi, semestinya aku akan jawab ianya berbaloi!

Tapi,tapi tapi..ye ada tapinya walaupun aku rasa berbaloi. Takde PROPER Parking ko..tang ni, yang mula-mula kena membebel adalah dia yang book hotel ni. Bila dah terjah ke dalam hotel, baru aku diam. Not bad, first impression tang parking takleh dijadikan kesimpulan keadaan bilik di sini..hahaha

hallmark-regency-hotel-johor

Katil bersaiz ‘Queen’ masih mencukupi untuk keluarga kecil aku. Aku di kiri, wife di kanan, anak-anak kat tengah..Tapi kat hujung kaki, kena letak tambahan tilam kat bawahnya, takut baby Danish merangkak terjun katil. dah pernah jadi sebelum ni..hehe

hallmark-regency-room

Toilet kat sini best. Walaupun takde bathtub, tapi mangkuk jamban ada automatik bidet! hahaha..takdelah, setidak-tidaknya selesa la untuk mandi dan membuang air besar/kecil sorang-sorang kan..

adaptor-hotel

Satu lagi yang best kat bilik Hotel Hallmark Regency ni, banyak port USB untuk charging station gajet. Senang. Takyah nak berebut ngan wife untuk charge gajet masing-masing kan.
brekfast

Setiap bilik diberikan 2 voucher sarapan pagi percuma. Standard la kan, buffet breakfast. Kat sini, menu buffet breakfast bagi aku sangat berbaloi dengan harga penginapan.

nescafe

Secawan kopi dah cukup untuk aku activate hari aku.heeee~
baby-danish

Lepas sarapan, naik bilik dan bersiap untuk check out. Aku perhatikan, kat sini ramai yang jadikan hotel transit untuk diorang ke LEGOLAND atau Universal Studios Singapore. Pengangkutan ke sana pun disediakan oleh pihak hotel dengan bayaran tertentu. Since Dayyan & Danish masih kecil, agak tak berbaloi ke tempat-tempat itu. Tapi ada satu lagi tempat seronok yang mommy diorang dah plan ke sana! Ddy just plan sediakan poketttttt je..hahaha..

InsyaAllah, kalau aku mencari hotel transit untuk ke LEGOLAND atau masuk Singapore balik hari, Hotel Hallmark Regency Johor Bahru akan menjadi pilihan aku nanti.

Chow..Happy weekend esok!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Hotel Hallmark Regency Johor Bahru, berbaloi atau tidak?

  1. Pernah duduk kat sini dulu. Impression melalui website AGODA memang berbeza dengan kenyataan. Parking tu aku agree sebab kalau balik malam sampai ke hujung aku kena parking kete.

    Tapi dengan harga tu siapa boleh komen. Selamat berjalan lagi lepas ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *