March 29, 2024

Nikmat yang disyukuri

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat yang penuh barakah.

Hari ni baru berpeluang luang masa untuk blog peribadi aku ni. Nampaknya janji-janji dan azam-azam di entri Tahun 2016 – Dijangka Lebih Mencabar makin ke laut..haha..

Bulan pertama di tahun 2016 ni, bulan yang sibuk bagi aku. Travel ke sana ke mari, nasib baik just dalam Malaysia. Tak boleh nak komplen banyak, ‘asyik asyik aku je’, kena sentiasa bersyukur. Aku sibuk dengan kerja, sedangkan sekarang ni ramai di luar sana yang sibuk mencari kerja akibat diberhentikan atas alasan, desakan ekonomi.

kungfu-panda

Dalam sibuk mencari rezeki halal, umi selalu pesan, “..jangan lupa Allah & jangan lupa anak bini & famili”

Deep pesanan tu dan ada betulnya.

Wang berjuta bukan pencarian utama kita. Tak guna kalau pendapatan bulanan ko mencecah ribu-ribu tapi hubungan dengan Sang Pencipta tak segah dengan nikmat rezeki yang Dia bagi.

Tak guna, setiap masa poket tebal tapi anak bini atau mak ayah di kampung ‘terseksa’ menanggung rindu atau terasa diabaikan. Mungkin ramai yang tak sedar, nikmat bagi duit gaji kat mak ayah dari tangan ke tangan tak sama dengan nikmat transfer dari akaun ke akaun.

danish-hayyan

Kerja luar kawasan selama sebulan, balik-balik, tengok muka anak kecil sengih gini, terus hilang penat lelah. Yang bujang mungkin tak faham, tapi yang dah ada anak-anak akan setuju 100% dengan kata aku ni, kan?

sunway pyramid

Alhamdulillah..walaupun management aku dok selalu tanya dan risau kot-kot wife aku tak suka bila aku kena travel je manjang, tapi ni satu lagi perkara yang aku proud of, ada seorang isteri yang bijak handle anak dua & kerjaya bila i’m away, tanpa banyak komplen.

family

Sampai satu tahap, bukan kuantiti dan kualiti ringgit yang dicari, tapi kuantiti masa yang berkualiti menjadi buruan setiap hari. 
NY-steak-sunway-pyramid

Penutup, sila jilat skrin!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Nikmat yang disyukuri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *