March 29, 2024

Sedap Masih Sama tapi Harga Naik.

Sedap Masih Sama tapi Harga Naik.

Situasi normal terutamanya bila korang bandingkan tempat biasa yang menjadi port kegemaran sejak sekian lama dengan harga makanan hari ini. Konfem jauh bezanya. Dulu boleh dapat nasi ayam dengan harga RM2.00, sekarang ni, mimpi la…

Sama gak dengan situasi yang aku alami semasa makan tengah hari di port kegemaran aku bila ke Kertih, Terengganu minggu lepas.

2 tahun kebelakangan ni, kebanyakan projek yang aku handle adalah di KL dan Melaka. Kali terakhir aku ke Kertih adalah September 2013. Ingat lagi pekena nasi briyani sedap lauk ayam goreng panas-panas, pergh…

 

Alhamdulillah, semasa outstation ke Kertih minggu lepas, berkesempatan lagi makan tengah hari di salah satu restoran nasi briyani sedap di Terengganu ni. Sedap masih sama, saiz ayam goreng masih sama, portion pun masih sama banyak tapi bila nak membayar, agak terkejut. RM11.00 untuk nasi briyani ayam goreng berbanding RM9.00 sebelum ini.

..tapi tetap masih berbaloi untuk keadaan ekonomi semasa..paling penting, ada sesiapa boleh bagi cadangan  tempat makan nasi briyani sedap dan berbaloi dengan harganya di sekitar KL/Selangor?

Burp, alhamdulillah…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Sedap Masih Sama tapi Harga Naik.

  1. susah nak jumpa nasi ayam 2 ringgit kat banting ni.

    last aku jumpa..kantin sekolah rendah aku. haha..

    pastu..naik 2.50 plak.

    la ni..tak tahu berapa harganya dah..

  2. Kenaikkan harga barangan dan makanan macam dah diluar kawalan sekarang ni… Semua benda nak naik harga, dan barangan yang dah naik harga, tak ada tanda-tanda nak turun pulak…

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *