Pengalaman pertama Danish ke Cameron Highlands.

Pengalaman pertama Danish ke Cameron Highlands.

Ini cerita dua minggu lepas. Selepas melalui Pengalaman Pertama Demam, baby Danish sangat teruja untuk ke Cameron Highlands, salah satu tempat pelancongan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.

CENTURY PINES CAMERON HIGHLANDS

Trip kali ini sebenarnya dah dirancang oleh ‘client’ aku yang ‘book’ sesi fotografi ‘post-wedding’ beliau sebulan yang lepas. Kebetulan aku ada majlis perkahwinan kawan baik aku di Ipoh, kira sekali jalanlah ni. Lagi best, bila ‘client’ aku ni bermurah hati untuk menaja penginapan aku sekeluarga di Century Pines Resort, Cameron Highlands! Rezeki jangan ditolak kan. Semoga ‘client’ aku ni terus dimurahkan rezeki dia sekeluarga!
CENTURY PINES HOTEL

Bilik yang besar dengan katil bersaiz Super King. Memang jadi port Dayyan untuk melompat. Adik lak dok gelak terkekekeke tengok gelagat abang. Tunggu adik dapat kaki je untuk join melompat.

Selepas ke majlis perkahwinan di Ipoh, lebih kurang jam 2 petang, baru bertolak naik ke Cameron Highlands. Lebih kurang jam 3.30 petang baru sampai hotel. Kalau datang ke Cameron Highlands, lebih rileks datang semasa bukan cuti sekolah. Tenang. Tapi waktu sekarang ni, musim hujan. Perlu lebih berhati-hati dengan lopak air dan tanah runtuh. Memang banyak spot-spot amaran tanah runtuh waktu sebegini.

Selesai check-in dan rehat badan untuk seketika, aku ambil keputusan untuk mulakan sesi fotografi dengan ‘client’ aku di Tanah Rata. Dalam kepala memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan lokasi penggambaran, tetapi faktor cuaca yang selalu hujan pun perlu difikirkan gak.

Alhamdulillah, sesi pertama berjalan lancar walaupun pada penghujungnya, hujan renyai-renyai mulai turun. Kalau lambat sikit, memang tak banyak gambar yang dapat aku shot.

PASAR MALAM BRINCHANG

Datang ke Cameron Highlands, memang tak sah kalau tak ke Pasar Malan Brinchang. Terutama kaum ibu. Kat sini ada pelbagai barangan yang dijual, baik sayur-sayuran segar, makanan, cendehati, mainan dan bermacam lagi.

PASAR MALAM BRINCHANG 2

Paling teruja datang ke Pasar Malam Brinchang ni ialah Abang Ayyan. Kiri kanan, ada je benda yang dia nak. Puas aku cuba mengelak. Akhirnya, tewas gak aku dengan pujukan dia untuk belikan kereta mainan kecil sebesar tapak tangan baby Danish-RM5!

CUCUK CUCUK

Dah lama ‘aim’ nak beli cucuk-cucuk ni bila datang ke Pasar Malam Brinchang ni. Tapi sentiasa beratur panjang. Rezeki aku malam ni dapat park kereta sebelah lori brader ni, terus beli 3 cucuk paru, 3 cucuk kambing, 4 cucuk ayam..makan panas panas dalam suhu dingin..pergh..

Agak-agak wifey dah habis memborong strawberry bagai yang dipesan oleh kawan-kawan dia, terus balik ke hotel. Suhu dingin, perut aku cepat lapar. Lagi pun, better pergi awal dan balik awal dari Pasar Malam Brinchang ni untuk elak jamm yang teruk.
MAKAN STRAWBERRY

Antara benda wajib yang dibeli di Cameron Highlands ialah strawberry. Nak lagi power, kena cari coklat cair di Pasar Malam Brinchang dengan harga murah, jadikan strawberry coklat. Celup sebiji strawberry dalam coklat cair, then telan..kalau stail Ayyan, celup strawberry dalam coklat, then jilat, pastu celup lagi, then jilat..untung bapak dia, hanya perlu belikan dia sebiji strawberry je..hahahaAISKRIM STRAWBERRY

Pagi esoknya, sebelum sesi fotografi kedua bersambung, sempat singgah Al-Mashoor farm untuk beli homemade pes strawberry. Aiskrim strawberry tu permintaan wifey. Setiap kali datang sini, aiskrim ni memang kena beli. Kalau tak, dia tarik muka..hahaha..oh ye, kat tangan Ayyan tu, karakter Tobot. Lepas diskaun dapat RM15, beli kat pasar pagi Brinchang..cukai yang terpaksa aku bayar untuk hari ini.

mardi

Sesi fotografi pagi ini di sekitar MARDI. Cuaca baik pagi ni, gambar pun banyak yang best best. Plannya, selepas check out, nak ke kebun teh untuk sesi seterusnya. Kusangkakan panas hingga ke petang tapi rupanya dalam jam 12 tengah hari, langit dah bertukar gelap dan hujan turun dengan lebatnya..huhuh..MY FAMILY

DANISH

Dah check out, hujan lebat yang amat. Tapi elok je sampai area Cameron Lavender, hujan dah berhenti. Wifey senyum lebar je sebab tempat ni memang dia request awal-awal. Tapi aku tak berapa suka sebab sesak dan susah nak parking. Mungkin rezeki dia hari ni, elok je aku dapat parking betul-betul depan entrance ke Cameron Lavender ni.

CAMERON LAVENDER

Tiket masuk ke Cameron Lavender ni RM6.00 untuk dewasa. Cameron Lavender ni khas untuk peminat bunga-bungaan. Ada macam-macam jenis bunga dengan bermacam warna kat sini. Ada sekadar untuk perhiasan, ada juga yang boleh dipetik, bayar dan dibawa pulang bersama.

TAMAN LAVENDER CAMERON HIGHLANDS

‘Bunga’ ni aku yang punya.

LAVENDER PARK

Mat Bunga.

Cameron Lavender adalah lokasi terakhir sebelum bertolak pulang. Percutian yang singkat tapi rasa berbaloi sebab jalan tak sesak hahaha sebab aku dah serik datang sewaktu musim cuti sekolah. Masa berada di atas jalan lebih panjang berbanding masa di tempat-tempat yang best!

Kepada korang yang akan datang ke sini sewaktu musim cuti sekolah, banyak banyak bersabar dan berhati-hati semasa memandu ye. Musim hujan ni perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling. Enjoice!

POST WEDDING CAMERON HIGHLANDS

Fotografi Post Wedding di Cameron Highlands.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku di  +6016-233 1341 untuk kita diskas dengan lebih lanjut ye.

Ramai yang berminat dengan bidang fotografi tapi tidak ramai yang tahu bidang juga mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Dah ramai melakukan bisnes fotogradi sudah berjaya dan memiliki empayar perniagaan fotografi yang disegani ramai. Nak tahu cara berbisnes fotografi dengan betul, sila klik pautan di bawah..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

13 Comments

  1. Assalam Tuan,

    Nice sharing and nice viewing of Cameron Highlands. However i just wanted to give some tips a.k.a advise for you. Can i?

    Please adjust your baby carrier position and height as it was too low. Your baby’s head should parallel with mom’s chin. This is the right position to be apply.

    It is best to using ergonomics carrier. Its good if you have one!

  2. awesome picture! hey..cantik giler.. 😉

    rindu plak dgn CH..last pegi mase Syahmi dalam perut lagi..hehehe..8 thn lepas okeyyy…
    izwa recently posted…TQ Zalora!My Profile

  3. arghh..rindu CH ! last pegi mase Syahmi dalam perut lagiii…8 thn lepas kot!

    1. Author

      Sweet la bro ikhwan ni..tanda terima kasih sbb melahirkan baby kan

    1. Author

      hehe biasa biasa aje boh..dekat doh ngn ipoh..kl tahu, bulih ajok mkn nasi ganja..hehe

    1. Author

      hehe better tak pergi sana masa cuti sekolah ni bro..rugi masa je..

  4. comelnya budak kecik gi cameron highland..pakcik ni pun dah lama tak jengok cameron tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam