Danish Hayyan dah 4 bulan.

Danish Hayyan dah 4 bulan.

Laporan bulanan si kecil Danish Hayyan.

12.11.2015, genap 4 bulan usia baby Danish. Bertambah lagi sebulan usia Danish. Cepat.

Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang baik dikurniakan olehNya. Sangat bersyukur dapat anak-anak yang tak banyak ragam. Terutama Danish yang terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh di siang hari.

Setiap pagi sebelum hantar Danish ke rumah pengasuh, mesti aku say sorry sebab terpaksa tinggalkan dia. Bukan sengaja, tapi tuntutan kerja. Mmy&ddy sentiasa ‘pasang niat’ dan berdoa supaya diberi peluang dan ruang untuk melihat sendiri ana-anak membesar di depan mata 24/7. InsyaAllah..

KEPALA DAH ADA RAMBUT.

Selepas dibotakkan semasa usia 3 bulan, kini, kepala Danish dah ada rambut-rambut halus..halussss…dah boleh usap kepala dia tanpa rasa kesat..haha..kesian gak masa botak licin. Nyamuk gigit sikit, ketara kesan gigitan tu. Merah je..tu belum kesan calar akibat kuku sendiri. Well, kuku baby memang cepat je panjang kan..

PERTAMA KALI DEMAM

3,4 hari sebelum bertukar bulan, badan Danish agak panas. Sukat suhu kat rumah, 37C. Hari pertama, just lapkan kepala dia untuk elak suhu badan melampau. Ada gak, sapu air lemon di kepalanya dia untuk turunkan suhu. Alhamdulillah berkesan. Tapi selang 3,4 jam lepas tu, badan kembali panas. Dah malam lak tu. Pilihan terakhir, masa injection di Hospital Pantai Klang, Doktor ada bagi ubat demam. Perisa sirap. Selepas bagi minum ubat tu, barulah suhu badan Danish kembali normal.

Macam abang dia, walaupun tengah demam, selera minum susu dan senyum gelak tawa tetap ada.

Dah nak masuk 4 bulan ni, Danish dah mula meniarap. Dah tak boleh dibiarkan dia sorang sorang kat ‘baby’s bouncer’, selamba je dia angkat kepala&leher, risau tergolek ke bawah je.

Bertempik pun boleh tahan sekarang ni, nak nak bila lambat bagi susu. Yang bestnya, bila dah kenyang, dia punya gelak tu, macam dunia ni dia yang punya. Layan abang Dayyan play toy pun dah pandai. Ter’kekekeke’ bila abang Dayyan dok agah-agah. Hilang segala macam masalah dunia bila dengar gelak tawa Danish&Dayyan.

Semoga baby Danish terus membesar dengan sihat,bijak dan jadi anak yang soleh..amin~

Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata! Dapatkan Panduan Didik Anak di bawah ni;

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments



  1. Alhamdulillah..semoga terus membesar sihat, kuat dan bijak 😉 aamiin~

    1. Author

      memang tak sedar..sedar sedar anak dah besar..huhuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam