March 28, 2024

‘Post Wedding’

Ada yang PM bertanyakan tentang beza ‘pre-wed photography’ dan ‘post-wed photography’. Banyak perbezaannya.

‘Pre-Wed Photography’ dilakukan sebelumnya pasangan sah dijabkabulkan. Biasanya hasil fotografi ini digunapakai semasa hari akad nikah atau majlis persandingan. Atau juga sekadar kenangan buat bakal pasangan pengantin. Pose semasa ‘pre-wed photography’ akan lebih terkawal sebagai menjaga sensitiviti atau hukum agama bagi pasangan muslim.

‘Post-Wed Photography’ pula, dilakukan selepas pasangan sah bergelar pasangan suami isteri. Sama ada pengantin baru atau dah berbulan-bulan bergelar suami-isteri. Biasanya sekadar potret famili untuk kenangan pasangan suami isteri.

Baru-baru ini aku sempat merakam potret pasangan pengantin pengantin 4 bulan kahwin di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Saja nak test gear baru, Nikon D750 aku..hehehe..

 

Ada banyak tempat menarik di Besut yang boleh dijadikan lokasi tangkap gambar, sama ada untuk perkahwinan, potret. landskap etc. Setahu aku, ramai Besut Photographer hebat hebat yang menawarkan pelbagai pakej menarik. Aku pun ada menawarkan pakej menarik untuk pilihan korang, PM saja..

 

 

Pakej #PotretCinta merupakan pakej murah terbaru daripada Suara Mata Photogrpahy untuk rakaman memori korang walau di mana korang berada. Boleh kontek no di bawah ini untuk perbincangan lanjut ye.

 

Ramai yang berminat dengan bidang fotografi tapi tidak ramai yang tahu bidang juga mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Dah ramai melakukan bisnes fotogradi sudah berjaya dan memiliki empayar perniagaan fotografi yang disegani ramai. Nak tahu cara berbisnes fotografi dengan betul, sila klik pautan di bawah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “‘Post Wedding’

  1. Bro, ada typing error dekat atas tu… ‘Pre-Wed Photography’ dua kali….. Saya rasa satu lagi ‘Post-Wed Photography’

  2. Nak jadi pengantin tua buat post wedding bleh tak hahahahhaha…sebenornya tak puas bergambar time kahwin tu JMR, meroyan nak amik gambar cm kt atas tu, bestnyaaaaa….

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *