Home Ini kisahku Nikmat yang lama hilang kini kembali.

Nikmat yang lama hilang kini kembali.

by JMR
5 comments

Nikmat yang lama hilang kini kembali.

Pastinya, bukan aku sahaja yang merasai kehilangan yang ‘satu’ ni. Alhamdulillah, petang semalam ia muncul kembali. Yey!

Walaupun kesesakan trafik agak teruk di Lebuhraya KESAS, tapi dengan munculnya nikmat yang satu ni, petang hari makin indah. Betul tak?

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar-Rahman [55] )

Lumrah manusia, apabila kehilangan baru tahu erti rindu. Apabila ‘jerebu’ melanda, baru rasa nikmat dan indahnya nikmat udara yang segar, walapun tidak sesegar udara di kampung. Apabila sentiasa ada, rasa ‘menghargai’ makin menipis tanpa sedar.

Ayuh, masa untuk berubah. Hargai setiap apa nikmat yang kita ada termasuklah nikmat dianugerahkan orang-orang yang sayangkan kita setiap masa! Sayang dan menyayangi adalah satu REZEKI yang amat bernilai.

Salam pagi Khamis, semoga hari anda lebih berjaya daripada hari semalam!

5 comments

Afzai Afandi November 4, 2015 - 12:14 am

Anak bongsu saya pun ada sebut yang dia rindukan langit biru…
Afzai Afandi recently posted…Keruntuhan Akhlak, Video Pelajar Melamar Secara TerbukaMy Profile

Reply
izwa October 30, 2015 - 9:07 am

terang balik biji mata kan.
izwa recently posted…Petua Putihkan Baju SekolahMy Profile

Reply
Noriza Rahman October 29, 2015 - 6:27 pm

Dah lama tak menikmati pemandangan macam ni since 2-3 bulan yang lepas kan..
Noriza Rahman recently posted…Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah KanserMy Profile

Reply
Bahrain October 29, 2015 - 3:41 pm

Jerebu tak ada rasa tenang je. Tapi tak tau jap lagi datang lagi.
Bahrain recently posted…Betul ke LPT 2 Tempat Berhantu?My Profile

Reply
JMR October 29, 2015 - 4:21 pm

Tu la pasal..hari ni cerha, esok lusa belum tentu..sabar je la bro

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam