burp@

“Nanti kita repeat lagi ye sayang..”-Restoran Kapitan Lebuh Chulia

Selain Nasi Kandar Line Clear, aku boleh rekemenkan satu lagi restoran yang menghidangkan menu-menu sedap untuk makan tengah hari. Restoran Kapitan yang terletak di Lebuh Chulia. Ni pun antara restoran yang ada dalam list wifey aku semasa ke sana tempoh hari (wifey aku bukan takat surirumah je, dia juga ‘planner’).

Restoran Kapitan Penang

Restoran Kapitan Lebuh Chulia. [kredit pic: Joe Fylan]

Parking agak susah sekitar Restoran Kapitan ni, tapi berjaya gak menggunakan khidmat khas brada jaga parking tepi jalan, betul-betul di pintu belakang restoran ni. RM2 sekali masuk parking. Ok la kan daripada dok pusing-pusing dua tiga kali.

Apa Menu Istimewa di Restoran Kapitan Lebuh Chulia?

Kalau tengok di signboard restoran, memang dah dapat agak dah menu istimewa kat sini. Biryani Claypot. Tapi series, aku tahu pasal ni, tapi masa aku order, aku just cakap nak nasi biryani ayam tandoori. Jadi, yang sampai sama seperti yang aku order. Tak mention ‘claypot’, bermakna nasi biryani yang sampai bukannya dalam claypot..hahaha..my mistake. Wifey aku dah bagitau aku, kena cakap nak yang dalam ‘claypot’ tapi aku wat dek je..haha..

Ingat tu, datang sini, kalau nak makan nasi biryani dalam claypot, sila maklumlah kepada waiter..tapi yang ni pun sedap sebenarnya! Series tak tipu..tekstur nasi biryani tu memang sedap, tak terlalu dan kering tak terlalu lembik.

nasi briyani ayam tandoori

Aku order Nasi Biryani Ayam Tandoori dan wifey order Roti Nan. Lapar punya pasal, tak sempat nak shot roti nan tu. Boleh tahan lembut roti nan tu. Nasi biryani ni, just makan kering-kering dengan ayam tandoori tu pun dah sedap woo..nak-nak masa tengah lapar ni.

Sedap-sedap aku dok pekena nasi biryani ayam tandoori ni, aku terpandang diorang ni. Alahai, Sorang tidur di pangkuan, sorang lagi tidur di riba. Penat betul masing-masing. Biasanya, kalau dalam keadaan gini, abang long Dayyan aku dok ngan aku. Hari ni tetiba nak bermanja dengan mommy dia. Tak nak beralih pulak tu. Apatah lagi makan. Penat sangat.

Mommy diorang pun makan cepat-cepat je. Memang tak sempat nak menikmati betul-betul kan. Sampaikan masa aku dok tengok gambar nasi biryani ayam tandoori kat sini, mesti dok berzikir, “sedapnya sedapnya sedapnya…”..

“Nanti kita repeat lagi ye sayang..”

Note: Terima kasih sebab baca monolog aku kat sini. Aku taip tanpa henti dan tak check. ada typo, faham-faham jelah..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

2 thoughts on ““Nanti kita repeat lagi ye sayang..”-Restoran Kapitan Lebuh Chulia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam