Tahniah kepada pemilik blog Hazmanfadzil.com a.k.a Abam Man yang telah selamat mendirikan ‘masjid’ dengan pilihan hatinya, 18 September lepas.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Malay Food Blogger kacak ini sah menjadi suami kepada Puan Ruzanna. Amacam pengalaman pertama kali akad nikah? hehe..
Aku kenal abam Man ni dah lama. Tak silap aku masa event preview movie di Midvalley, suatu masa dahulu. Masa tu takde pun isu-isu ‘apasal ko gi event free?‘ atau ‘ko dari group blogger mana ye?‘.semua blogger memblog disebabkan minat & passion. Masa tu aku dengan awek aku, dia sorang. Sejak dari tu, selalu gak hang-out dengan dia terutamanya untuk event movie preview dan makan-makan.
Aku sangat berbesar hati apabila diminta untuk merakamkan detik-detik indah diorang kali ni. Official Photographer untuk #malayfoodbloggrwedding Akad nikah diadakan di rumah ibu bapa Puan Ruzanna di Senawang selepas waktu Asar. Sempat gak aku check out ofis di Bandar Sunway selepas solat Jumaat dan sampai tepat pada waktunya di Lavender Height, Senawang.
Sekali lagi, TAHNIAH BRO! Selamat pengantin baru. Selamat melayari bahtera perkahwinan yang pastinya penuh dengan onak duri, tapi insyaAllah ko sebagai nahkoda hebat, pasti korang akan menikmati kemanisan dalam berumahtangga.
Jom layan gambar sikit, nak lebih-lebih nanti aku up di Facebook Suara Mata atau Instagram @suara.mata .
Doa untuk pengantin baru Hazman Fadzil & Ruzanna.
“BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A’LAIKA
WA JAMA’ BAINAKUM FI KHAIR”
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.“.
bokeh.. cantik bokeh… selamat pengantin baru bro hazman!
barakallah.. abam foodblogger dan oja.. 🙂
dan sorang lagi kawan blogger meninggalkan aku dari dunia bujang
tahniah dengan pilihan hati abang man
nampak secocok
Cantik hasil gambar2 tu