burp@

Hussain Pasembur Padang Kota Lama terbaik!

Datang ke Penang, tak sah kalau tak kenyang 24 jam kan? Setuju?

Mana taknya, dari pagi sampai ke malam, pelbagai variasi makanan tempatan yang nak dicuba. Rasanya bukan aku je yang berada di dalam dilema ni. Majoriti kan?

Untuk makan tengah hari, dah pekena nasi kandar sedap di Nasi Kandar Line Clear, malamnya kami ke Padang Kota Lama untuk menikmati ‘salad India Malaysia’ atau lebih dikenali sebagai PASEMBUR!

Medan selera di Padang Kota Lama menempatkan gerai-gerai yang menjual bermacam-macam makanan lokal yang pengunjung boleh pilih ikut selera masing-masing. Ada pasembur, char keuw teow, nasi lemak, sotong kangkung, sate, coconut shake daln macam-macam lagi.

Target utama aku adalah pasembur di gerai Hussain Penang Famous Pasembur! Memang rezeki, dapatlah meja betul-betul depan gerai ni. Gerai Pak Hussain Pasembur ni menyediakan pelbagai bahan pasembur. Tepuk dada tanya selera, pilih saja. Ada ketam, ada fish cake, ada sotong, ada udang, telur, paru goreng, sosej etc. Aku pun dah lupa aku pilih apa. Just apa yang aku nampak, aku terliur, aku pilih. Bila dah setel pilih bagi je kat brada gerai tu, dia akan siapkan pasembur korang..timun bawang tu akan dicampur sekali.

Sekejap je siap! Terus bayarlah kat situ gak. Aku ingatkan, tak banyak bahan yang aku ambil. Rupanya, bila dah siap, taruk kuah rojak tu, nampak macam 4 orang makan la pulak. Memang la famili aku ni 4 orang, tapi yang dua lagi tu baru berusia 2 bulan dan 2 tahun.

 

Pasembur Hussain pilihan aku. RM23 sepinggan penuh tu. Series banyak. Sotong kangkung sepinggan tu lak RM12, not bad rasa dia. Dah la aku order gak char kuew teow untuk wifey. Memang jenuh nak kena habiskan. Nasib baik sedap pasembur(kena dengan selera aku), dan berjaya gak kami habiskan semua tu. Alhamdulillah!

 

Dah kenyang, hati pun banyak senang kan Abang Ayyan..nak nak bila dia pun dapat segelas coconut shake ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

3 thoughts on “Hussain Pasembur Padang Kota Lama terbaik!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam