Hotel Cititel Express, Penang

Entri tertunggak hampir sebulan.

Awal bulan lepas, ada hal yang perlu disetelkan di Penang. Plan asal nak gi balik hari je. Tapi biasalah, last-last minit, mesti ‘orang rumah’ buat muka comel nak ikut gak. Setakat minta bagi 10 alasan kenapa perlu ikut, kacang je dia jawab..berderet senarai dia bagi, paling ‘win’, sebab dah habis berpantang 40 hari..ok yang ni memang aku tak boleh menolak.

Malam sebelum bertolak ke Penang, sempat buat tempahan bilik di Hotel Cititel Express, Penang. Nasib baik aku dah ada akaun di AGODA. Boleh check availability bilik, semak&banding harga dengan hotel lain, then submit booking.

 

Kitorang sampai di Hotel Cititel Express yang terletak di Nordin Streer lebih kurang jam 2 petang. Ngam-ngam waktu check-in. Senang je nak cari lokasi hotel ni, dalam WAZE pun memang sedia ada. Since aku book menggunakan AGODA, di kaunter check-in, hanya tunjukkan booking email, then terus dapat smart key & wifi password (ini yang penting!)..since masa booking dengan AGODA aku tak include Breakfast, boleh beli voucher breakfast secara walk-in.

 

Bilik kitorang adalah Standard Queen Non-Smoking di tingkat 12. Dengan taraf 3 bintang, bilik takdelah terlalu besar. Tanpa karpet tapi masih bersih dan nampak masih baru. Abang Ayyan seperti biasa, masuk masuk bilik mesti nak memanjat katil.

 

Fasiliti lain seperti TV, complimentary drink, peti sejuk, pemanas air disediakan. Paling penting, Wi-fi laju. Tapi aku dapat password wifi untuk satu device sahaja. Tak pasti lak kalau nak request tambah password, ada bayaran tambahan lain atau tidak.

 

Bilik air. Agak kecil tapi masih selesa untuk mandi selepas 4 jam memandu KL-Penang.

 

Sejadah turut disediakan untuk pengunjung muslim menunaikan solat. Tak perlu susah payah bawa sejadah dari rumah lagi.

 

Semenatara aku setelkan kerja, abang Dayyan dan baby Danish syok golek-golek. Tak risau sangat wifey& anak-anak bosan bila stay di sini, sebab sebelah je dengan hotel ni terdapat shopping mall, 1Avenue. Nampak boleh tahan besar gak.

Best stay kat sini sebab tak jauh dengan tempat makan tengah hari (nasi kandar) mahupun makan malam (pasembor)..

 

Enoshima Restaurant. Pertama kali aku breakfast di hotel di cafe Jepun. Tapi menu tetap Malaysian; ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar, bubur, buah-buahan tempatan dan kopi/teh. Rasanya aku dah tersilap pilih tempat brekpes. RM20/pax untuk menu yang sangat tidak memuaskan hati aku. Lebih berbaloi sekiranya aku drive kereta, cari warung tempatan dan makan menu pagi tempatan ie; roti canai/roti bakar telur etc..huhuh..takpe, lain kali perlu lebih bijak membuat keputusan ni..

 

RM130++ untuk penginapan 2hari 1malam di Cititel Express Penang Hotel memang berbaloi untuk nilai ringgit yang dibayar, kecuali sarapan pagi..hehe..selain daripada fasiliti yang bagus (termasuk parking yang banyak), staff yang friendly juga menjadi sebab utama untuk aku repeat stay di sini.

Untuk tempahan, boleh check di AGODA

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

7 Comments

  1. hai nak tanya bilik non smoking ada tingkap x? pastu bilik air nya memang sempit macam dalam gambar atas ke?

    1. Author

      hai..bilik tu ada tingkap..bilik air mmg agak sempit..

  2. Dulu..waktu aku belajar di Penang, aku tak suka sangat ngan Penang sebab bandarnya pada waktu tu tak berapa nak bersih…sekarang jauh berbeza, Penang antara lokasi bercuti yang aku n famili suka selepas Melaka.
    Afzai Afandi recently posted…Facebook Sumber Trafik Percuma Anda!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam