April 18, 2024

Marah anak, pujuk anak.

Sebagai mak pak, tidak boleh tidak pasti termarahkan anak. Marah bukan sebab benci, marah kerana sayang & ingin mendidik. Dalam hati mak pak, pasti terdetik tak nak marah anak langsung, walaupun ‘attitude’/’action’ anak tak betul. Nak mendidik Tapi termarah juga, atas faktor-faktor lain, salah satunya sebab tiba-tiba terlalu emosional akibat penat, tekanan kerja dan sebagainya.

Ada banyak kaedah mendidik anak dengan cara yang betul, cara Islam melalui kaedah psikologi. Boleh Google atau boleh beli buku-buku panduan di MPH, Borders etc. Boleh juga baca di entri ini –20 Kaedah Mendidik Anaka Cara Islam. Banyak benda yang boleh dijadikan panduan dan kaedah mendidik. Tapi inĀ the end, sebagai mak pak, diri sendiri kena bijak kontrol diri. Itu paling penting.

Aku pun banyak membaca panduan dan kaedah mendidik anak cara betul. Tapi, sesekali masih GAGAL mengawal diri dan termarahkan si Dayyan yang baru berusia 2 tahun 5 bulan. Terutamanya selepas ada adik. Aku sedar, sometime dia buat hal bukan sebab nakal, tapi sengaja nak menarik perhatian mak paknya.

Tapi lepas marah, tak lama lepas tu mesti aku rasa bersalah yang amat. Ni yang aku lemah. Risau gak dia tahu kelemahan aku ni, then ambil kesempatan lak. Biasanya masa fasa penyesalan ni, aku akan cari IDEA bagus untuk ‘memujuk’ dia. Seboleh mungkin, aku cuba elak memujuk Dayyan dengan cara membeli hadiah/toys. Dalam fasa skang, aku tak nak manjakan dia dengan cara sebegitu.

Kali ni, aku memujuk dengan cara mencipta KERIANGAN dengan aktiviti di luar rumah. Kebetulan, wifey dah habis tempoh berpantang dan ikut sama dalam sesi keriangan ini. Biasa tengok dari jauh dari Federal Highway, tapi kali ini, Dayyan sendiri merasai apa yang best di I-City Shah Alam.

 

Senyum anak&isteri adalah bahagia sang suami, setuju?

 

Sesetengah kanak-kanak takut dengan si Labu ini, tapi Dayyan tergelak-gelak tengok gigi si Labu.

 

Ferris Wheel. Jangan ingat free..RM10 untuk adult. Nasib baik tinggi Dayyan bawa 100cm, so FOC..tapi kebanyakan permainan di I-City ni, dia tak dibenarkan naik sebab bawah umur dan tak cukup tinggi. Poket ddy senyum je..hahaha

 

Merenung ke luar jendela. Menikmati keindahan bandaraya Shah Alam. Nasib baik masa kitorang ke I-City ni, masalah jerebu masih belum melanda negara.

 

Ada orang tanya, korang ni abang-adik ke. Aku cakap, ini anak gua. Jawapan aku ikhlas sebab yang tanya tu pakcik. Cuba kalau yang tanya tu, seorang awek.Mungkin jawapan aku berbeza.

 

Umur baby Danish masa ni baru habis pantang…haha..dah keluar malam-malam. Baby zaman millenium betul ni. Kalau tahu kat nenek dia, habis mak pak dia kena membebel.

 

Aku nampak, minat Dayyan lebih ke arah ‘CAR’. Majoriti toys dia adalah ‘CAR’. Perkataan pertama yang dia boleh sebut juga ‘CAR’, lagi cepat/fasih daripada ‘daddy’ atau ‘mommy’..ORang main PS4 game ‘car’ pun dia nak join sekali, walaupun just pegang ‘console’. Apabila jumpa game arcade ni pun, dia nak join sekali, walaupun just dok di seat drive. Kaki pun belum sampai pedal. Tapi gaya mengalahkan driver lain, walaupun paparan hanya demo racing..

Takpelah nak, janji ko gembira dan dapat ‘something’ daripada trip kita kali ni…

Note: 2 jam di I-City, sebagai ayah kepada 2 orang anak kecil ni, baru aku faham isu yang menjadi viral 3 tahun lepas, mengapa ada rakyat Malaysia yang ‘berdoa’ supaya I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit..hahahaha

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Marah anak, pujuk anak.

  1. Masuk i-city cuma boleh tengok-tengok and amik gambo je la. Sikit-sikit nak kena bayar… kalau bawak budak-budak, memang kesian tengok reaksi diorang ni sebab tak dapat nak enjoy most of the game

  2. Sesetengah ibubapa ‘bahagikan’ tugas dalam mendidik anak. Ayah marah, mak pujuk. Mak marah, ayah pujuk. Ini untuk kes-kes perangai anak yang dikhuatiri akan menjadi tabiat tidak baiknya ketika besar.

    Kalau ayah marah, ayah juga yang pujuk. Nanti anak merasakan apa yang mereka buat betul. Selepas mak pujuk, ayah kenalah beritahu kenapa dia marah dan bagi nasihat. Begitu juga selepas ayah pujuk, mak kenalah beritahu kenapa dia marah dan bagi nasihat.

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *