Lipas..tu lipas tu..

Lipas..tu lipas tu..

Lama tak borak pasal Abang Long Dayyan Harith ni..tak lama lagi genap usia dia 2 tahun 5 bulan. Series, rasa masa berjalan seperti cepat gila.

Hari ini, mmy Ayyan dah kena masuk kerja selepas tamat tempoh cuti bersalin. Ayyan masih dibabysit oleh mama Wan dia, tapi adik Danish terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh. Dah dua tiga hari tinggalkan adik kat rumah Nek Muna. Alhamdulillah, so far, adik sangat behave dan good.

Cuma hari ini, mungkin abang Ayyan perlukan masa untuk sesuaikan diri bila tiba-tiba rumah dah sunyi. Pagi tadi pun, keluar rumah cepat-cepat. Abang Ayyan perasan mmy&ddy keluar rumah bawa adik, sakan menjerit nak ikut gak.

Dalam seawal usia 2 tahun ni, abang Ayyan agak aktif. Tapi Nek Mi dia cakap, takleh lawan keaktifan ddy Ayyan masa kecil dulu. Aku dah takleh nak imagine, macam mana ayah&umi jaga aku masa kecil kalau aku terlebih aktif daripada Ayyan. Ke sana ke mari, panjat sana panjat sini. Takat jatuh biasa-biasa, apadahal..panjat tangga nak naik bilik atas, selamba je berlari naik dan terjun.

Mujur ada beberapa ‘word‘ yang dia takutkan, dah akan stop dari mara ke hadapan bila dengar aku sebut ‘word’ tu…antaranya, “LIPAS”…otomatik akan brek mengejut, bila aku cakap kat depan tu ada lipas then patah balik..hahaha..

Jadi, agak-agak bila Ayyan dah di luar kawalan, aku akan jerit, “LIPAS!”…

Tapi tak semua tempat aku boleh guna ‘word’ ni untuk ‘pause’kan pergerakan dia..terutamanya di RESTORAN/KEDAI MAKAN…

Contohnya semalam semasa makan tengah hari di Nandos Berjaya Times Square. Teruja dengan kecantikan hiasan dalam Nandos kat situ, Ayyan panjat kerus, merangkak atas meja dan main hiasan atas meja. Tak tahan sangat dengan keaktifan dia dan aku rasa aku patut ‘pause’kan pergerakan dia sekejap, aku cakap dengan nada agak tinggi, “Lipasssss..tu lipas tu..!!!”

Ayyan stop dan patah balik ke tempat duduk dia. Yes! Tapi dalam masa yang sama, customer dan waiter kat dalam tu dah pandang kitorang, dan mata diorang meliar menjeling mencari ‘sesuatu’ atas meja/bawah meja dengan riak muka kegelian…..

“Sori uols, mana ada lipas kat sini……sila sambung makan tanpa was-was…”

Tips: Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

9 Comments

    1. Author

      yup..bukan apa, risau kacau pelanggan lain sedang menjamu selera je hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam