March 29, 2024

Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Aktiviti makan malam bersama pemilik blog www.deqnoor.com dah berlangsung beberapa sesi. Ini kali kedua aku terpilih dan berpeluang untuk makan malam bersama pengomen tegar blog DN. Makan malam istimewa kali ni adalah di Laman Grill Steak & Bar-B-Que yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Credit foto: Uncle Zuan

Sebenarnya 5 orang pengomen tegar blog Deqnoor terpilih untuk makan malam bersama. Memandangkan Afasz tidak berkesempatan untuk turut serta, hanya 4 lelaki ‘bujang’ sahaja yang turut serta dalam sesi makan malam kali ini. 4 bujang tu adalah EZAD, BROFRAMESTONE, UNCLE ZUAN & JMR. hahaha..

Sesi makan malam bermula jam 8 malam. Suasana di Laman Grill Steak & Bar-B-Que memang menarik dan sesuai sebagai ‘port’ santai bersama famili atau kawan-kawan. Nasib baik Deqnoor dah book seat awal-awal, sebab tempat ‘fully booked’ pada malam tu. Maklumlah awal bulan dan malam hujung minggu.

Apa menu menarik di Laman Grill Shah Alam?

Banyakkkk sangat menu yang best-best kat sini. Pemilik Laman Grill ialah Chef Zubir, sudah tentu presentation setiap menu sangat menarik. Memang rambang matalah kitorang dok ushar buku menu nak pilih makan sedap.

Pertama kali ke sini, aku order Cz Beef Burger. Konon-kononnya tak nak makan menu berat, sebab aku masih belum lapar sepenuhnya. Order sampai dalam masa singkat. Servis yang bagus. Agak terkejut sebab portion menu ni memang besar. Patty burger yang dimasak agak juicy dan tebal, memang saaaaangat mengenyangkan. Tambah lak dengan fun fries dan hirisan epal hijau.

Iced Cappucino, kafein yang aku perlukan untuk kekal segar..hehehe..rasanya banyak dos gak aku ambil kafein untuk hari itu.

Walaupun portion menu yang dipesan agak banyak tapi Alhamdulillah, aku tengok masing-masing berjaya habiskan termasuklh Cik Deqnoor..mula-mula sampai menu, bukan lagi masing-masing dok teruja, “banyakkkkknya...” tak baik membazir. Lagi pun kami makan sambil berborak dan bahan-membahan. Sekali-sekala berkumpul sebegini, memang  syok. Walaupun latar belakang karier berbeza, tapi atas nama ‘blogger’, kami dok semeja, borak+gosip, dari benda remeh hinggalah ke isu series, 1MDB..Ini adalah salah satu nikmat tak ternilai menjadi blogger.

Terima kasih buat Deqnoor sebab organize sesi makan malam yang best ni. Dalam sibuk-sibuk dengan projeknya, masih sempat aturkan sesi jalinan ukhwah ini. Kitorang siap diberikan goodies+tshirt & duit raya ok! Salute!

Semoga DN terus dimurahkan rezeki..amin…

Persoalan: Nama menu ini ialah Chocolate Caramel Banana served with moist chocolate cake with dark chocolate ganache and spiced caramel bananas. Tapi di mana pisangnya??

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *