Nasi Kerabu Ohsem di Kelantan Delights, Citta Mall.

Nasi Kerabu Ohsem di Kelantan Delights, Citta Mall.

Kelantan Deligts, Citta Mall.

Satu lagi pilihan restoran yang menyediakan masakan Kelantan sedap di Lembah Klang. Terletak di Citta Mall, Ara Damansara. Selain di sini, terdapat dua lagi cawangan lain di KL Sentral dan Subang Jaya.

 

Alhamdulillah, berpeluang dijemput untuk sesi berbuka puasa ala buffet di Kelantan Delights(KD) Citta Mall. Dalam kepala, memang dah terbayangkan Nasi Kerabu ohsem kat sini; nasi kerabu ayam percik/nasi kerabu bakar. Ramai yang puji dan bagi good review untuk menu ni.

 

Ramuan Nasi Kerabu Ohsem.

 

Ayam percik.

 

Daging Bakar.

Section Nasi Krabu. Sila sediakan nasi kerabu pilihan korang sendiri ye. Semua ramuan dah disediakan. Just pilih ikut citarasa sendiri. Aku? Semua aku pilih mengikut citarasa resepi nasi kerabu aku sendiri. Kerabu, tumis, telur masin, tauge, timun, bawang jeruk, ayam percik, daging bakar dan paling penting, budu.

Nasi kerabu ohsem style JMR. Trademark nasi kerabu ala Kelantan, nasi warna biru.

Di section ini juga, disediakan menu popular Kelantan/Terengganu. Nasi Dagang. Ini pun wajib cuba. Menyesal kalau korang tak cuba bila datang ke sini.

Nasi Dagang.

Yang tak makan nasi kerabu, jangan risau sebab di Kelantan Delights juga menyediakan lebih kurang 80 juadah makanan untuk Buffet Berbuka Puasa. Dari hidangan pembuka selera (appetizer) membawa ke pencuci mulut (dessert), semua enak dan rasa yang orginal seperti di Kelantan.

 

 

Antara juadah pembuka selera. Ada aneka kerepek, jeruk, rojak buah, papadom dan gado-gado.

Pelbagai lauk-pauk masakan Kelantan dan Thai disediakan istimewa oleh Ketua Chef KD Group, En.Muslim Sadli, yang berasal dari Kelantan. Boleh dimakan bersama nasi putih atau nasi briyani, tepuk dada tanya selera.

Tips Buffet Ramadhan– Amik makanan pilihan seawal jam 7 petang untuk mengelakkan kesesakan semasa waktu berbuka. Tak elokkan melengah-lengahkan waktu berbuka 🙂

Jom tengok juadah yang sempat aku cuba dan amat berpuas hati!

 

Daging Masak Hitam

LIVE Station Bakar by KD.

Di bahagian luar Kelantan Delights ni, ada gerai makanan yang menyediakan masakan panas seperti Char Kuew Teow dan Ikan&Kerang Bakar. Selain itu ada juga nasi ayam herba, popia goreng, keropok lekor dan laksam.

 

 

Ikan kembung bakar dan pari bakar. Makan panas-panas bersama air asam pun dah menyelerakan.

 

Kerang bakar.

Kelantan memang terkenal dengan aneka juadah pencuci mulut. Alang-alang dah sampai ke Kelantan Delights ni, mesti cuba kuih-muih femes di Kelantan. Ada jala mas, akok, taik itik, bunga tanjong, lompat tikam, tepung pelita dan macam-macam lagi. Menariknya, kuih-muih ni disediakan di dalam ‘portion’ comel-comel. Jadi, mengurangkan pembaziran dan pengunjung boleh cuba lebih banyak juadah kan.

 

Di ruang luar juga disediakan Ais Batu Campur dan lai chi kang. Penyejuk tekak selepas berpuasa seharian. Aku kureng sket minum minuman sejuk masa berbuka, jadi teh tarik aku adalah pilihan utama. Terbaik teh tarik KD. Sampaikan dua gelas aku telan. Cukup teh, cukup panas.

 

Harga Buffet Ramadhan Kelantan Delights.

 

Rakan blogger bersama Kelantan Delights Director, En.Azman Fitton dan Ketua Chef KD Groups, En.Muslim Sadli. Alhamdulillah, 4/5 bintang aku kasi untuk juadah berbuka hari ni. Sedap dan ada rasa original.

Terima kasih KD Citta Mall & mySelera atas jemputan ini. InsyaAllah akan repeat lagi.

Alamat Kelantan Delights Citta Mall, Ara Damansara.

G 27, Ground Floor ,Citta Mall ,PJU 1A ,Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia

For Inquiry Please Call/Sms/whatsapp
03-7831 6152 or 010-7984 616
013-2177 001, 019-6716 135,
013-6337 449.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam