blogger

Sepetang Bersama Blogger 2015 memang santai & sempoi.

Semalam, Sabtu, 13 Jun 2015 selesai sudah ‘Blogger Event‘ yang ditunggu-tunggu oleh majoriti blogger di Malaysia. Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 (SBB2015) anjuran Denaihati Network telah diadakan dengan jayanya di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya dengan dihadiri lebih daripada 100 orang penggiat aktiviti blog&media sosial dari Malaysia, Indonesia dan juga Turki.

Gambar oleh mohdrasul.com

Ini adalah tahun ke-4 SBB diadakan dengan objektif mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli komuniti Blogger Malaysia dan bertukar-tukar ilmu&pengalaman dalam aktiviti menulis blog. Berkemungkinan, tahun ini adalah tahun terakhir SBB diadakan. Agak rugi bagi mereka yang tidak turut serta dalam SBB tahun ini.

SBB 2015 sedikit berbeza dengan edisi sebelum ini. Kali ni, aktiviti dibahagiakan kepada dua, sesi pagi untuk Treasure Hunt dan Perkongsian Blogger pada sesi petang.

TREASURE HUNT

Cabaran Treasure Hunt menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5000, dimulai dengan sesi pembahagian kumpulan yang telah dilakukan dengan ‘bijak’ oleh Bro Eizil. Adil dan memberi kesan positif agar blogger boleh saling mengenali blogger lain tanpa berada dalam kelompok yang sama. Aku ditakdirkan berada di dalam Kumpulan 10 yang turut disertai oleh 7 orang blogger yang hensem dan comel-comel belaka. Diketuai oleh brada sado, Fairiz, Ayu The Cicakgirl, Nyna, Aten Kuat Makan, bro Amir, Izzudin dan Encik Titan.

Dimulai dengan sesi ‘warming up’, seterusnya peserta SBB dikehendaki melengkapkan tugasan-tugasan wajib & bonus dari Checkpoint 1 hingga Checkpoint 6. Tidak dibenarkan berlari dan perlu sampai di Checkpoint 6 selepas jam 11.30 pagi.

Semasa Treasure Hunt, peserta perlu melakukan tugasan seperti yang diarahkan. Ada yang mencabar minda, ada yang mencabar fizikal. Meniarap di atas jalan tar, ini antara kenangan manis aku semasa SBB 2015. Encik Titan siap boleh tidur lagi sambil tunjuk ‘peace’!

Markah diambil kira daripada keseluruhan tugasan yang berjaya diselesaikan dan juga tugas-tugas bonus yang dilakukan bagi setiap kumpulan. Bukan mudah, bukan senang. Masing-masing bersemangat nak selesaikan setiap cabaran hingga ke Checkpoint terakhir sambil menikmati keindahan Taman Cabaran Putrajaya ni.

Bukan rezeki kumpulan kami untuk jadi pemenang pada edisi SBB 2015 kali ini. Nampak macam boleh menang, tapi tak menang haha. Apa-apa pun aku saaangat ‘had fun’ dengan group ni. Pertama kali berkombinasi dengan mereka, macam dah lama mengenali. Gigih dan sporting semuanya.

Selesai sahaja Treasure Hunt, kami dihidangkan juadah makan tengah hari oleh Bakarlah BBQ. Ada butter rice, grilled cicken, grilled lamb, coleslaw dan juga mashed potatoes. Sedap sangat grilled lamb yang diimport dari Australia.

SESI PERKONGSIAN BLOGGER.

Pada sebelah petang, Sesi Perkongsian Blogger dibarisi oleh ahli panel yang penuh dengan pengalaman dalam niche masing-masing. Aqif Azizan selaku panel pertama berkongsi pengalaman beliau dalam ‘copy writing’ dan bagaimana blog boleh dijadikan ‘produk’ untuk menghasilkan jualan yang amat berbaloi. Panel kedua ialah blogger Anazkia dari Indonesia, berkongsikan pengalaman beliau daripada bawah sehingga mampu menjadi blogger yang disegani dan sentiasa dijadikan rujukan di Indonesia.

Tuan Hj Masrukhin selaku panel ketiga, berkongsikan cerita beliau mengembara dari satu negara ke satu negara lain untuk mencari ‘sesuatu’ dalam perjalanan hidupnya sehingga ke tahap sekarang.

Walaupun sesi ini hanya seketika, tapi banyak ilmu dan cerita ahli panel yang boleh dijadikan panduan dan panduan untuk blogger mengharungi dunia yang makin mencabar. Bukan mudah untuk berjaya dan bukan mustahil untuk berjaya, apa yang penting, perlu SABAR dan istiqamah dalam berusaha.

PEMENANG TREASURE HUNT DAN CABUTAN BERTUAH.

Tahniah kepada semua pemenang Treasure Hunt dan juga blogger Halim Brothers (pemenang cabutan bertuah Iphone 6 64G) dan Kak Rokiah (pemenang cabutan bertuah Samsung Note Edge).

Sepetang Bersama Blogger 2015 melabuhkan tirainya sekitar jam 5 petang. Aku pasti, setiap peserta berpuas hati dan mendapat pelbagai manfaat dan ilmu baru daripada edisi SBB kali ini. Paling tidak, dapat saling mengenali selepas sekian lama hanya berkomunikasi di alam maya.

Tahniah dan terima kasih kepada team Denaihati, semua penaja, semua AJK yang bertungkus-lumus dalam memastikan perjalanan ‘event’ kali ni berjalan dengan lancar dan selamat.

Dari sudut hati aku, aku masih berharap ini bukanlah SBB yang terakhir.

Sempat berselfie dengan kak Redmummy dan suami. Lama tak jumpa, tapi sekali jumpa, rindu lak nak dengar dia ‘pot pet pot pet’, ngalahkan mak nenek..hahaha..

Ada waktu terluang + taknak kasi terlelap, selfie dengan Bro Izzudin. Macam stress je bro Reezluv kat belakang tu. Sabar bang, bukan rezeki kita nak menang Treasure Hunt mahupun Iphone 6.

Mengenali bro Hilal Azmi sejak tahun 2010 di Sharing Session bersama Eyriqazz. Kagum dengan kejayaan dan pencapaian beliau hari ni. Semoga terus berjaya bro!.

Dak kecil tapi kuat makan. Antara penyeri dalam kumpulan 10. Aten a.k.a Fatin Bella sentiasa ceria dan happy go lucky. Tak penat ek?

Inilah The Cicakgirl dalam kumpulan 10, Ayu. Pantas giler rock climbing di awal perlumbaan. Berjalan pun pantas dari satu checkpoint ke checkpoint lain. Tak cramp ek kaki?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

35 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger 2015 memang santai & sempoi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam