March 29, 2024

Berbuka puasa di Shogun Japanese Buffet Restaurant

SHOGUN Japanese Buffet Restaurant, antara pilihan tempat makan sedap yang menyediakan hidangan secara buffet. Menu utama semestinya makanan Jepun seperti sushi, sashimi, dan juga masakan tempatan yang disediakan istimewa sempena bulan Ramadhan.

Shogun Japanese Buffet Restaurant di One Utama, antara tempat feveret aku&wife semasa bulan Ramadhan setiap tahun. Antara sebab-sebab Shogun di sini menjadi feveret tempat makan kitorang ialah;

  1. Makanan Jepun yang disediakan kena dengan selera dan citarasa kami.
  2. Variasi makanan yang disediakn, ie: Japanese food, local food dan juga western food.
  3. Ruang makan yang luas dan tak terlalu crowded. Makanan pun sentiasa di topup.
  4. Surau kat depan Shogun tu je.
  5. Senang parking, esp dengan One Card…hehehe..

 

Antara feveret section aku – SASHIMI. Masih boleh berpuas hati dengan kesegaran sashimi di sini berbanding Japanese restaurant yang lain di luar. Sashimi & maguro dengan shoyu (soy sauce) je pun dah boleh layan, tambah lak dengan wasabi sikit…slurpp!

Semasa sesi berbuka puasa bersama isteri di Shogun One Utama hujung minggu lepas, aku terperasan, salah satu keunikan berbuka puasa di sini ialah “di meja belah, keluarga Melayu yang turut berbuka puasa, di meja belah kanan, famili Chinese yang sedang makan malam, meja belakang ialah famili Japanese bersama anak kecil yang comel je bertutur dalam bahasa Jepun dan di meja depan kami, couple Indian yang sedang mesra menjamu selera.”-BERBILANG BANGSA.

Yamashita Grilled Lamb, antara menu tumpuan di Shogun Japanese Buffet Restaurant. Not bad rasa yang ni, dengan sos barbeque. Tak silap aku, menu ni hanya di bulan Ramadhan.

Oyster segar. Letak Tobasco sikit, perah lemon sikit, then sedut! Pergh..sumber kolestrol & gout ni. Tak leh makan banyak sangat, 6 ketul cukuplah untuk kali ni.

Sushi pengganti nasi untuk berbuka..tak leh makan banyak sangat, sebab nasinya lebih berkanji, nanti lemau badan lepas berbuka.

Dalam mangkuk tu ialah shark fin soup dengan herba Cina. Sedap woo sesekali makan. Walaupun aku tak support sangat makanan berasaskan sirip ikan yu, tapi takleh tahan bila sesekali jumpa menu ni.

Untuk Japanese food lover, boleh try ke sini. Bagi aku, Shogun Japanese Buffet Restaurant ni antara restoran makanan Jepun terbaik yang terdapat di Malaysia. Rasanya rate harga buffet di Shogun ni berubah setiap bulan. Kat bawah ni, aku attach Buffet Price List untuk bulan Jun 2015. Yang lain, boleh ke saisaki.com.my.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Berbuka puasa di Shogun Japanese Buffet Restaurant

  1. aku memang fail makan sushi atau benda mentah ni.

    nak kena well done hangus gak, baru leh telan.

    haha..

  2. haduh jadi lapar liat makanan nya yang enak. kira kira harga makanan yang paling murah itu apa gan, he

  3. Jumaat lepas dah book nak berbuka puasa kat Shogun pastu last2x cancel sebab tak cukup masa nak ke sana dengan member2x yang lambat pulang kerja. Last2x makan kat ioi city mall je. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *