blogger

Siapa dia Food Blogger?

Food Blogging – antara ‘niche’ yang sentiasa meriah dalam blogsphere di Malaysia. Bak kata pepatah, ‘Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas’. Sentiasa ada permintaan dalam industri berbanding ‘niche’ lain yang penuh dengan cabaran.

Buat Duit Dari Rumah!

Ramai bertanya, apa uniknya jadi Food Blogger?

KEUNIKAN harus dicari..

Sesiapa mampu dan boleh menjadi ‘Food Blogger’..asasnya, ‘Food Blogger’ akan sentiasa bercerita dan berbicara tentang yang berkaitan makanan- kedai makan sedap, kualiti makan, menu menarik, harga makanan dan gambar makanan yang mampu membangkitkan selera.

‘Food Blogger’ mempunyai ‘attitude‘ atau sikap yang sama.

Mari kita lihat persamaan mereka.

1. Mereka suka bercerita mengenai makanan. Tapi mereka tidak tergopoh-gapah untuk menjamah makanan. Sebelum makanan dihidang, bahan mentah, tempat memasak, pinggan mangkuk sudu garfu, kalau boleh, semua nak dirakam dan di’close up’ secara detail.

2. Food Blogger akan sentiasa mencari sudut dan pencahayaan yang terbaik untuk menghasilkan gambar ghairah yang mampu membangkitkan selera makan. Ini mencabar. Sebab diri sendiri akan meleleh air liur tengok hasil gambar makanan sedap itu.

3. Kalau boleh, setiap step perubahan gambar makanan, dirakam. Gambar sebelum dan selepas, penting untuk buktikan Food Blogger menjamah makanan tersebut. Biar pun, hanya secubit, balance kasi orang sebelah..

4. Sekali-sekala akan tersenyum melihat gambar makanan yang terhidang di depan mata. Gambar harus didahulukan, #jilatskrin selagi rakan-rakan lain tak setel ambil gambar.

5. Food Blogger sanggup tahan lapar. Satu pinggan menu, memakan masa lebih kurang 5 minit untuk setel proses bergambar. Sikap ‘sabar’ Food Blogger sangat tinggi.

6. Apa yang penting, KERJASAMA. Sorang ‘acting’ , sorang lagi ‘shooting’.

7. Food Blogger akan sabar menanti ‘turn’ masing-masing untuk sesi bergambar. Tak pernah lagi aku jumpa ‘food blogger’ bertumbuk sebab potong ‘Q’.

8. Food Blogger akan memaksimumkan penggunaan semua gajet. Bawa DSLR tak bermakna tak ambil gambar guna smartphone mahupun tablet. DSLR untuk gambar high quality, smartphone/table untuk LIVE UPDATE.

9. Sesi ‘food photography‘ biasanya akan tamat, bila masing-masing dah puas hati dengan gambar. Mereka akan adakan sesi ‘critic&comment‘ sebelum proceed dengan sesi makan-makan. Mungkin ada kawan yang dah ‘fedap’ , tapi tetap SABAR.

10. Sesi makan-makan akan bermula dengan sopan-santun. Hiris daging slow-slow. Kunyah pelan-pelan..

11. Food Blogger sentiasa menikmati dan mensyukuri setiap rezeki yang terhidang. Ekspresi ‘sedapp gilerrrrr spaghetti ni’ perlulah diluahkan sebaik mungkin terutama bila lensa dihadap ke mereka…….

12. Persamaan terakhir sebagai seorang FOOD BLOGGER. Dah kenyang, dah sendawa, akan pulang dengan rasa happy. Hepi sebab gambar cantik dan perut kenyang! Dan akan up ‘blogpost’ untuk review apa yang mereka makan dan tempat mereka makan. Jarang mereka review ‘bagaimana’ mereka makan!

Jom baca cara ‘Food Blogger’ update blogpost cerita makan-makan mereka:

1. U-Cafe Wangsa Walk Awesome by Einaangle.

2. U-Cafe Wangsa Walk Saji Menu Berbuka by Julia Johari.

3. Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk by Ezad. 

4. Menu Sedap di U-Cafe Wangsa Walk by JMR.

5. Nasi Kukus RM3 Hanya di U-Cafe Wangsa Walk by Encik ST.

6. Menu Menarik di U-Cafe Wangsa Walk by Izwa.

7. U-Cafe Wangsa Walk Food Review by Shiqin.

8. U-Cafe Wangsa Walk, pelbagai hidangan memikat selera by Bearyblossom.

9. Nasi kukus rempah Chicken RM3 | U-Cafe Wangsa Walk by Ina.

10. Sedap menu di U-Cafe Wangsa Walk by Mama Aini

11. Makan-makan di U-Cafe Wangsa Walk by Nunu.

12. Menu Makan Tengah Hari U-Cafe Hanya RM3 by Deqnoor.

13. Pelbagai Menu Menarik di U-Cafe Wangsa Wal by Dik Bee.

14. Makanan Sedap dan Layanan Hebat di U-Cafe Wangsa Walk by Diary Mama.

15. U-Cafe di Wangsa Walk Mall. Memamg Terbaik boh! by Yaya.

16. Jom ke U-Cafe Wangsa Walk. banyak pilihan makanan yang sedap by mamatisya.

17. Jom makan di U-Cafe Wangsa Walk by Fatin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

30 thoughts on “Siapa dia Food Blogger?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam