March 28, 2024

Set Lunch di Spaghetti Grill, Paradigm Mall

Ini kesinambungan entri Celebrate Birthday Isteri.

Lunch treat untuk birthday girl aku hari tu di Spaghetti Grill Paradigm Mall. Tak silap aku, selain di sini, ada gak cawangan di MidValley. So far, aku biasa ke sini, yang Midvalley belum lagi. Lagi pun, Spaghetti Grill Paradigm Mall ni dekat je dengan ofis birthday girl, sempat la luangkan masa sejam setengah bersama..hehehe..

 

Pilihan menu aku serah kepada birthday girl. Memandangkan kami datang waktu makan tengah hari dan ada promo Set Lunch, dia pilih menu Pepperoni Pizza dan Spaghetti&Meatball yang ada dalam list promo. RM10.95 untuk satu menu, datang bersama dengan free flow drinks.

 

Spaghetti & Meatballs. Portion untuk Set Lunch ni kurang sedikit berbanding menu utama. So, dapat la sebijik meatball berbanding 3 biji meatballs semasa Normal Menu.

 

Pepperoni Pizza dilimpahi dengan ‘cheese’. Portion ni walaupun agak kecil, tapi cukup untuk waktu tengah hari ni. Kang makin banyak-banyak, susah lak nak sambung buat kerja lepas lunch hour kan. hehehe..

 

Lokasi Spaghetti Grill. Anak yang berumur 12 tahun ke bawah, it’s FREE. Spaghetti Grill ada juga menyediakan servis buffet untuk event.

Paling best untuk kali ni, ada Birthday Promo daripada Spaghetti Grill. Satu Ice-cream Cake Brownies FOC untuk birthday girl. Terima kasih Spaghetti Grill.

 

So far, 2,3 kali aku ke Spaghetti Grill ni, servis memang baik dan rasa food memang tiada komplen bagi aku. Pasni nak kena try cawangan yang kat MidValley lak.

Burpp..alhamdulillah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Set Lunch di Spaghetti Grill, Paradigm Mall

Leave a Reply to azam mohd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *