March 29, 2024

Sesi fotografi Si Kembar

Bulan lepas, aku mendapat mesej ringkas dari si ibu kepada bayi kembar tak seiras untuk aturkan satu sesi fotografi di rumah ibu mertuanya. Sangat teruja untuk sesi fotografi ni sebab ni first time aku shoot si kembar. Kompom cabarannya lebih berbanding sesi fotografi newborn untuk seorang anak kecil kan.

Sesi fotografi ‘newborn’ ni bermula pada jam 10.30 pagi. Kali ni aku ditemani penolong jurugambar merangkap penolong jurutera ofis aku (‘juru’ gak kan)..hehe..Masa kami sampai, sedang elok si kecil Khaleef dan Khayra lepas menyusu. Newborn photoshoot akan jadi lebih senang diurus dalam keadaan baby kekenyangan.

Sambil merakam ‘pose’ natural Khaleef dan Khayra sambil aku tersenyum teringatkan momen indah semasa anak lelaki aku seusia mereka ni. Masa ni, semua pose diorang memang comel. Tak kira sedang menangis ke, meraung ke, tersenyum ke, mencebik ke, semuanya cute!

Sesi fotografi newborm ni mengambil masa selama 2 jam. Ada kala, stop sekejap sebab baby meragam. Lebih-lebih lagi ragam si kembar, abang menangis, adik tersenyum. Bila adik menangis lak, si abang dah terlelap. Sesekali, dua-dua menangis dan dua-dua terlelap. Yang penting, photographer sentiasa alert dengan ‘action’ dan ‘pose’ diorang. Memang silap besar la kalau photographer bagi diorang arahan, “Senyum sket”, “Pandang bawah sikit je”, “Body lentik sket ye…” umur pun belum sebulan lagi bro..hehehe..

Pengalaman pertama merakam gelagat si bayi kembar memang sangat mencabar dan sangat best. Selepas tamat sesi fotografi ni, ada sedikit sedikit sesi preview hasil bidikan kami. Alhamdulillah, ibu bapa Khaleef & Khayra berpuas hati dengan kerja kami dan tak sabar nak tengok final product kami, Photobook Album for Khaleef&Khayra.

Selain daripada pengalaman pertama merakam si bayi kembar, kali pertama juga kami berada di rumah yang didirikan di kawasan paya. Awal pagi, denai yang kami lalui masih boleh dilalu, tapi bila waktu tengah hari, air pasang dan denai itu sudah ditenggelami air dan kami perlu melalui denai yang lain. Paling best, anak-anak ketam nipah berlari-lari hepi di celah kaki kami..hehehe..

9 Mei 2015. Batu 3, Kg.Kurnia, Jalan Gambang, Kuantan.

Iklan: Kepada ibu bapa/bakal ibu bapa yang nak saat-saat indah si kecil mereka dirakam dan dimemorikan di dalam album cantik, boleh PM (016-233 1341)  ye..hehehe

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Sesi fotografi Si Kembar

Leave a Reply to FR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *