Holiday Inn Melaka

Holiday Inn Melaka

Dah sejuk anak tekak pekena Coconut Shake Klebang dan perut pun dah kenyang selepas pekena Asam Pedas Ikan Parang, masa untuk check-in hotel!

Jam 4 petang baru check-in. Nak kena tidurkan si dak kecik Ayyan dulu, sebelum dia meragam. Aku lak nak kena setelkan kerja sebelum boleh sambung play-play dengan dak kecik tu.

Mulanya nak book bilik di Hatten Hotel sebab dekat dengan Mahkota Parade&Dataran Pahlawan, tapi dah full house. Last minit book sangat kan. Nasib baik masih ada bilik di Holiday Inn Melaka. Lebih senang dengan booking atas talian di AGODA.

Trip kali ni bukan trip holiday bagai sangat since Ayyan pun tak berapa sihat. Dia akan dok dalam bilik lebih sket sementara aku setelkan hal-hal di luar bersama ‘client dari langit’ haha. So aku pilih DELUXE ROOM termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. RM290 tidak termasuk GST&Cas perkhidmatan. Ok la kot untuk hotel bertaraf 4 bintang di Melaka ni.

Dapat bilik di tingkat 10. Mengadap ke Selat Melaka. First time masuk, Ayyan teruja dengan saiz kot. Pusing-pusing satu bilik sambil galas beg CARnya. Then, dah penat, letak beg tu sebelum baring, minta susu…

Bilik yang selesa untuk penginapan famili kecil kami. Bilik air ada bath tab, tempat feveret Ayyan. Ok la memandangkan dia masih tak boleh berendam dalam swimming pool.

coffee area hotel

Feveret area ddy. Coffee time selepas Ayyan tidur..kalau tak, dia nak join sekali.

Katanya Infinity Pool..tang mana infinity aku tak pasti. hehehe..Just tengok dari bilik je..

Takde rezeki kali ni nak lepak ngan dak kecik ni di Infinity Pool..Infinity Bath Tab pun boleh la kan nak..Si Dayyan ni, nak suruh mandi punyalah susah, tapi once dah dapat air, punyalah susah nak bawa dia keluar..

Kat rumah, dak kecik ni memang tidur atas katil saiz Queen, ddy&mmy tidur atas tilam saiz Queen. Tapi kat sini, kita ada satu katil je nak..tepi sikit boleh?

Nak tunggu dia tidur, memang liat gak. Nasib baik line internet/Wifi kat sini best. Sempat gak aku hantar ‘big file’ ke client sebelum terlelap..huhuhu..

Pagi-pagi hari dah kejut dak kecik untuk berbrekpes di Es.sense Kitchen. Buffet style dengan pelbagai hidangan menu.

Alhamdulillah, pagi pagi pun Ayyan tetap berselera makan. So far, selera makan dia boleh dikatakan ‘mewarisi’ bapaknya. Sakit macam mana pun, mesti dia makan gak. Jadi, tak de masalah dengan makan ubat.

Pelbagai jenis roti. Feveret aku tetap ‘croissant.

Croissant dan butter+jem blueberry.

Burppp..alhamdulillah, sambil lepak minum dan makan, sambil boleh berborak santai dengan isteri di hari minggu.

Tak sabar nak tunggu hujung minggu minggu ni lak..hehehehe..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments


  1. perkara wajib bila datang ke melaka ialah asam pedas dan coconut shake..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam