Didik anak dalam ‘membeli’

‘Membeli’ di sini bukan bermaksud ‘shopping’ sakan ye. Hanya sekadar turutan proses dalam urusan membeli di kedai, pilih barang, ke kaunter bayaran, hulur duit dan tunggu baki duit sekiranya ada dan ucapan terima kasih.

 

Masuk umur 2 tahun, Dayyan Harith dah makin bijak dan sel-sel otak mula berkembang. Sebelum ni, aku baca je pengalaman ibu bapa pasal KINDER JOY yang menarik perhatian anak mereka. Sekarang, anak aku sendiri yang tertarik dengan Kinder Joy tu. Kalau ke kedai Shell/Waston/Guardian, dari jauh dah ‘aim’ telur ajaib tu. Aku pun tak pasti apa yang best sangat telur tu. Mungkin sebab kat dalam tu, ada coklat dan toys. Tapi bukan dimakan sangat coklat kat dalam tu pun…

Semasa trip ke Melaka tempoh hari, sempat singgah di Dataran Pahlawan. Semasa jalan-jalan, tetiba si dak kecik tu berlari laju ke Guardian. Penat ayah ko nak mengejar nak oii..terus aim ke satu rak ni. Yes, Kinder Joy!

Dia amik sebiji dan tunjuk kat aku. Aku angguk je. Then aku bagi dia duit kertas 5 ringgit, bayar sendiri. Dia amik then hulur kat amoi cun yang sedang beratur.

” Bukan bagi dia la Dayyan..,kena beratur dulu, bayar kat akak yang jaga kaunter tu”

Terkedek-kedek dia beratur. Bila sampai masa nak bayar, tak sampai la plak..hehe..aku angkat.

Dia hulur duit kertas RM5 tu. Then terus nak pergi.

Rilex bro, kena la tunggu. Kan harga Kinder Joy tu just tiga ringgit sembilan puluh lima sen. Ayyan bagi lima ringgit..ada baki seringgit lima sen lagi kan..

Dia sengih-sengih, then hulur tangan minta baki.

Dah dapat baki,  “cen kiu”..

Good boy..

..lepas ni dah boleh cari duit sendiri dan beli sendiri ye..telur oren tu dah bertimbun kat bilik tu!

 

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

14 Comments

  1. anak pun suka sgt dkat kinder joy ni.. kecik je tp mahall.. disebabkan ade mainan kat dlm so slalu nak

  2. Memang bebudak suka kinder joy ni. Sebab ada menan dalam tu. Anak² pon klo gi kedai mesti nak kinder joy ni. Sekali sekala boleh lah. Sebab nak kena beli 3. Harga pon boleh tahan. Kalau beli 1 nanti berebut² ☺☺
    Fiza Rahman recently posted…GMBM 1st Giveway | Jom JoinMy Profile

  3. Hahaha. Kannnn..pelik betul la kenapa budak2 aim sgt kinder joy tu. Dah la mahal, kecik je. Emi kalau bawak anak2 buah pergi kedai, memang sah2 habis dekat dua puluh ringgit jugak hanya untuk kinder joy ni. Dah tu anak buahnya ramai, nak sorang satu. Beli tak cukup kang ada yg gaduh. Haha
    bearyblossom recently posted…U-Cafe Wangsa Walk, pelbagai hidangan memikat selera.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam