March 28, 2024

Asam pedas ikan parang di Restoran Asam Pedas Selera Kampung Bandar Hilir, Melaka

Dah pekena Coconut Shake Klebang, perjalanan diteruskan menuju ke Bandar Hilir.

Ingatkan nak check in hotel tapi memandangkan dah agak lewat, kena cari juadah makanan tengah hari dulu. Kalau tak, kesian lak isteri mengandung dan baby dalam kandungan kan.

[ Panduan Memasak Nasi Arab Ayam ]

Tak sah kalau datang Melaka tak mencari menu asam pedas. Restoran Asam Pedas Selera Kampung menjadi pilihan kali ini.  Restoran ni terletak tak jauh dari Menara Taming Sari di tengah Bandar Hilir. Ada dua bahagian, yang kat dalam, berhawa dingin dan di luar tak berhawa dingin.

 

Ada pelbagai jenis masakan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. Menu utama semestinya asam pedas (pari/ikan parang), daging salai, ketam masak lemak, udang galah masak lemak, ikan keli masak chili, siput sedut, cencaru sumbat, ulam-ulaman dan bermacam lagi. Pilih saja, tepuk dada tanya selera.

 

Pilihan aku kali ni, daging salai masak lemak. Agak pedas tapi tetap kena dengan selera aku. Daging salai dipotong nipis dan sangat lembut. *lapairliur….

 

Asam pedas ikan parang. Kena hati-hati makan ikan ni sebab tulang ikan agak banyak. Ingatkan pedas menu asam pedas ni, tapi langsung tak. Mungkin kalau dipedaskan sedikit, rasa lebih umpphh..

 

Sayur kangkung tu sedap. Masakan kampung sebegini, makan dengan nasi panas + telur masin setengah biji, memang membangkitkan selera. Aku siap bertambah sepinggan nasi lagi..hehehe..

Korang yang datang area Bandar Hilir ni, bolehlah singgah ke sini. Recommended. Walaupun aku rasa harga kat sini agak tinggi sedikit. Harga untuk makan tengah hari kami kali ni, RM34 termasuk air (sirap). Tapi masih berbaloi dengan rasa dan kuantiti.

Burpp..alhamdulillah.

Alamat Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka
Kat area Bandar Hilir ni ada banyak gak tempat makan best-best. Yang stay area sini, boleh hanya berjalan kaki je mencari makan. Nak survey tempat penginapan, boleh ushar di Agoda yang menawarkan variasi tempat dengan harga berpatutan.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Asam pedas ikan parang di Restoran Asam Pedas Selera Kampung Bandar Hilir, Melaka

  1. Jumpa entri di kala malam begini membuatkan perut saya menjerit-jerit minta diisi….terus lapar

  2. Perghhhh best tu JMR, julia pernah buat entry di restoren yang sama bulan lepas, memang best tgk daging salai masak lemak tu, hari tu tak amik lauk tu…pas ni kena patah balik melaka la jawabnya…

    #nangisbaca hehhehe

Leave a Reply to Asukavi Travel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *