March 29, 2024

Untung ke pelaburan emas?

Umum tahu, makin lama harga emas makin meningkat. Dalam masa beberapa tahun, nilainya akan meningkat berganda. Kalau ditanya ‘Untung ke melabur dalam pelaburan emas?’..pasti ramai akan menjawab dengan ghairah, “Ya, ya untung!”

Hari demi hari, perbelanjaan kos sara hidup makin meningkat. Sampaikan ada yang jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan. Realiti hari ini.

Yang bijak dan berani, akan mampu menjana pendapatan dengan bergaya. Yang kurang bijak tapi berani, ada yang berjaya dan ada juga yang tersungkur.

Pelaburan emas. Ramai yang sedar potensi bagus dalam pelaburan emas. Atas desakan hidup, ramai yang berani melabur dalam pelaburan emas, tapi berapa ramai je yang bijak dalam pelaburan emas ini?

Mitos dalam Pelaburan Emas;

  • Harga emas akan sentiasa naik.
  • Anda akan sentiasa membuat untung jika melabur dalam emas.
  • Anda patut pinjam wang dari pajak gadai dan menggunakan wang tersebut untuk membeli lebih banyak lagi emas.

Hati-hati dengan ‘pakar emas’ katanya. Mereka jual menjual, mereka juga mempromosi.

Sebelum sertai mana-mana pelaburan emas, molek kiranya korang kaji fahami Tips Elak Ditipu dalam Pelaburan Emas.

1. ILMU.

Ini paling penting. Kena ada ilmu dalam setiap pelaburan yang ko sertai. Tak guna ada duit bertimbun, tapi tak ilmu untuk menguruska duit tu. Lambat-laun, akan habis begitu saja.

Nak ILMU tentang Pelaburan Emas, boleh fahami Rahsia Emas ini, rahsia kejayaan emas sebenar daripada Azizi Ali.

2. GURU.

Apa-apa pelaburan/bisnes yang korang ceburi, perlu ada guru/mentor. Nak best lagi, ada ‘team’ sendiri yang mampu berdiskusi point-point negatif dan positif untuk output yang terbaik.

Ada orang berpendapat, Google pun leh jadi mentor sebab kat situ boleh research pelbagai benda. Itu Salah. Ilmu tanpa guru boleh buat kita sesat. Nak berjaya dalam pelaburan emas, carilah guru yang dah berjaya dalam bidang ini, dan tiru cara mereka hingga berjaya. – Rahsia Emas oleh Azizi Ali.

Dua tips ni sebenarnya dah cukup kuat untuk korang berjaya.

Jangan ghairah untuk melabur dalam skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan yang lumayan dalam masa singkat. Fikir logik. Perlu diingat, pelaburan emas adalah ‘long term investment’, bukan hari ni letak duit, esok dah boleh untung 100%. Jangan guna istilah ‘tiada yang mustahil’ dalam semua situasi.

Dalam keghairahan kita melakukan pelaburan emas kita dapat lihat ramai juga di antara orang kita yang kerugian besar seperti…

  • Menjual semula emas dengan harga yang rendah daripada harga yang dibeli.
  • Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.
  • Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas.
  • Dan banyak lagi kes kerugian…

Dipendekkan kata, dalam mana-mana pelaburan termasuklah pelaburan emas ini, korang tetap kena ada ILMU dan GURU. Ramai mentor-mentor hebat yang korang leh jadikan panduan dalam pelaburan ini. Jangan salah pilih guru ye, itu lagi haru. Kalau tanya aku mana yang recommended, gi cedok ilmu beliau di RAHSIA EMAS.

“PELABUR EMAS Memang Ramai Tetapi Sedikit Sahaja  YANG Berjaya Menjaya Kekayaan Yang SEBENAR..”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Untung ke pelaburan emas?

  1. Dulu aku memang tak heran atau amik tahu langsung pasal emas nie…. tapi bila dah ada kesedaran memang penting rupanya knowledge at skit pasal ni…. dan skang nie harga satu gram dalam RM170… hohohoho

  2. Nak jadikan emas sebagai pelaburan kena ada sedikit ilmu… Sebab harga emas sentiasa berubah… Elok menuntut ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman..

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *