Home Ini kisahku Superbike – hadiah hari jadi Dayyan

Superbike – hadiah hari jadi Dayyan

by JMR
6 comments

11 ~ 12 April 2015

Berkesempatan balik kampung di hujung minggu. Travel KL – Terengganu selama lebih kurang 7-9 jam dah menjadi rutin bulanan aku sejak pemergian ayah, Julai 2015. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang dua bulan sekali. Kali ni pulang untuk persediaan perkahwinan adik perempuan aku yang bakal diijabkabul pada hujung Mei ni. Penuh satu kereta bawa dulang hantaran dan balance door gift. Nebes gak aku nak kena jadi wali semasa majlis akad nikah nanti..hihihi…

Trip ‘balik kampung’ kali ni berjalan dengan lancar walaupun kitorang bertolak jam 8.30malam dan tiba jam 5.00 pagi di Besut, Terengganu via Gua Musang..kena make sure betul-betul fit, almaklumlah pada siangnya dah 8 jam di ofis, then balik je dari ofis terus bersambung dengan perjalanan selama lebih kurang 8jam lagi..

Sampai je kat rumah Nekmi jam 5 pagi, masuk je rumah, elok lak Dayyan terjaga dari lena, mata terus segar, mulut terus melopong bila tengok sebuah ‘superbike’ kat depan dia. Biasa tengok kat Tesco je, nak kena bayar RM1.20, gerak la sikit-sikit selama 5minit. Kali ni, yang real depan mata. Surprise!

Nasib baik, ‘superbike’ ni tak fully charged lagi. Battery weak, kena charge luh..kita sambung tidur luh ye..5 pagi kot ni bro!

 

Elok je pagi, ‘superbike’ pon dah ‘fully charged’, apa lagi..start enjin la. Bunyi ‘vromm vromm’ boleh tahan. Bunyi masa start je la, then pastu senyap. Pakai bateri ma..nak ride senang je, ada satu pedal kat belah kiri. Tekan je situ, merempit la ‘superbikere’ ni.

Yang bestnya, siap ada muzik. Leh adjust volume nak kuat ke nak slow down. Dah bunyi macam geng-geng ‘scoot’ la plak. Bunyi cam motor jual aiskrim paddle pop pon ada gak..hahaha

 

Asyik berkepit dengan ‘superbike’ la kan. Slow-slow belajar tekan minyak. Ada sekali tergolek sebab tak seimbang masa nak naik. Elok je ‘superbike’ ni hempap badan Dayyan. Nangis bukan sebab sakit aku rasa, tapi sebab terkejut dengan tempikan makcik-makcik yang tengok kejadian tu. Aku pujuk dia, bisik kat telinga dia “Nak jadi rider, kena kental, nanti awek tak pandang“..terus diam dan sambung main..

Memang excited Dayyan dapat ‘superbike’ ni..thank you Chik Ina sebab hadiahkan ‘superbike’ ni sempena hari jadi Dayyan yang ke-2 , 23 April ni..save bajet ddy…hahaha

6 comments

hazman aka species1980 April 17, 2015 - 3:08 pm

Hurmm…. pandai timing ko snap mimik muka dayyan tu….. good one bro….
hazman aka species1980 recently posted…Rebutlah peluang HARGA PROMOSI Mother’s Day Hi Tea di Hotel Puri Pujangga UKM BANGIMy Profile

Reply
mrhanafi BEST April 17, 2015 - 1:24 am

Dayyan akan handsome macam bapanya..memang best ada superbike..kuasa tinggi tu
mrhanafi BEST recently posted…Jadi Penceramah Impian Best SayaMy Profile

Reply
NuNu EeRa April 16, 2015 - 2:53 pm

superbike dayyan ni mmg kategori scoot pn.. hehe..
tq, chik.. ayyan ske ngat..
NuNu EeRa recently posted…Ultraman Live in Genting 2015..My Profile

Reply
SaniYunus April 16, 2015 - 3:06 am

Seronok gila Dayyan dapat hadiah yang best ni…Mesti setiap pagi dan malam berkepit dengan superbike dia..:-)
SaniYunus recently posted…Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.My Profile

Reply
Suriya April 16, 2015 - 12:00 am

wow superbike baru. nanti auntie nak pinjam ye? nak buat will kang 😛
Suriya recently posted…3 Tips Melipat Kain Baju Khas Buat Mak Anak Ramai!My Profile

Reply
izwa April 15, 2015 - 4:01 pm

wah wah..pinaj mboleh?thihihiii..makin hari makin hensem ni dayyan 😉

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam