JMR No.1 Cendol/Rojak/ABC

JMR No.1 Cendol/Rojak/ABC

Minggu lepas aku ada update satu gambar gerai ‘mobile’ menjual Rojak/Cendol/ABC di Instagram: @jmr_bhr , berlabelkan JMR No.1 Cendol/Rojak/ABC.

Gambar ni diambil stesen minyak bersebelahan Masjid Bandar Sunway (berdepan dengan Sunway Pyramid). Selepas solat Jumaat, ingatkan nak pekena cendol, tapi tak jadi sebab ‘Q’ terlalu panjang. Mesti sedap, kalau tak, takkan ramai yang sanggup beratur panjangkan. Next time, insyaAllah..

 

Sebenarnya, JMR No.1 Rojak/Cendol/ABC ni tak de kaitan apa-apa pun dengan JMR. Ramai yang ingatkan, bisnes cendol ni aku yang punya. Sampai ada yang PM di Facebook, bertanyakan tips-tips nak bukak bisnes berkonsepkan mobile ni. Ada gak kawan-kawan wife aku yang dok ingatkan bisnes cendol ni aku yang punya..terbukti, besar juga pengaruh media sosial dalam marketing/promot/mewar-warkan sesuatu perniagaan kan?

InsyaAllah, ada rezeki, boleh gak aku buka satu bisnes berkonsepkan sebeginikan. Jual roti canai ke, tak pun pancake seperti di Krabi atau Bisnes Burger yang  dah terbukti mampu menjana pendapatan lumayan.

Jangan pandang sebelah mata, bisnes berkonsepkan sebegini. Mungkin bagi sesetengah orang, ‘tidak glamer; tapi sebenarnya mampu menjana satu jumlah pendapatan sehingga melebihi 5 angka sebulan! Yang penting, produk peru berkualiti tinggi, tempat kena strategik dan marketing/promo kena power! Aku amik contoh, Pisang Goreng Cheese SEDAp di Kota Damansara yang kini dah berjaya menambat hati peminat-peminat pisang goreng seluruh Malaysia!

InsyaAllah, kalau dah namanya REZEKI, sesiapa boleh berjaya! Cuma kena tahu Rahsia Rezeki yang sebenarnya. Kan?

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

5 Comments

  1. pada mula saya pun sangka awak yang punyer..hehehee..mane lah tau kan!
    izwa recently posted…SembangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam