2nd pregnancy

2nd pregnancy

4 April 2015

Pagi tadi teman Puan Nunu ke pregnancy check up di Hospital Pantai Klang. Alhamdulillah, kandungan dah masuk usia 6 bulan 2minggu dan ibu & baby berada dalam keadaan baik.

Ini kali pertama aku update di blog tentang ini kot. Awal-awal memang tak bagitau sesapa. Dah masuk bulan kedua baru start bagitau parents dan kawan-kawan.

 

2nd pregnancy ni, kami decide untuk buat pemeriksaan kandungan di hospital swasta dan juga klinik kerajaan. Ini pengalaman pertama Puan Nunu ke klinik kerajaan sebab untuk pertama kali mengandung, 100% check up dilakukan di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Even ada cerita-cerita kurang enak tentang klinik kerajaan, so far Puan Nunu masih belum ada pengalaman buruk di situ. Untuk checkup di klinik kerajaan, Puan Nunu akan amik halfday dan pergi bersendirian, dan untuk check up di Hospital Pantai, aku akan teman my wife.

Dayyan biasa tak ikut. Aku akan bagitau dia, ” Ddy nak gi tengok adik jap..”. Dayyan akan jawab, “Ok..” cam faham je kan bakal Abang Long ni.

Pertama kali check up sewaktu usia kandungan sebulan, ada seketul ‘cyst‘ sebesar 5cm di luar kantung bayi. ‘Cyst’ ni akan mendatangkan risiku yang berbahaya jika terus membesar. Alhamdulillah, berkat pemakanan dan doa, ‘cyst’ tersebut makin mengecil selepas dua minggu dan sebulan. Risau gak sebab kata Dr.Tricia, ‘cyst’ yang besar boleh terbelit di uri, atau ibu perlu menjalani pembedahan yang mendatangkan risiko bahaya ke bayi dalam kandungan. Masuk kandungan 3 bulan, alhamdulillah ‘cyst’ tersebut mengecut dan hilang.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat hingga ke hari ketibaan cahaya mata kedua kami. InsyaAllah..

[x] Boy ke girl, tak kisah janji sihat sempurna dan bijak!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

6 Comments


  1. alhamdulillah cyst has gone, orang umah kene jage diri, tingkatkan amalan, makan makanan berkhasiat dan aktif , semoga semua baik-baik belaka. check up kat klinik gomen pun ok, personally saye rase lagi telus dan detail…
    huda recently posted…3 Bulan Turun 26 kg Dengan Cinch Shake ShakleeMy Profile

  2. Alhamdulillah cyst dah tak Ada. Tahniah bakal mendapat zuriat. So far saya check up dengan Klinik kerajaan pun ok saja. Cuma ramai orang. Itu je lah..
    emalinmohd recently posted…Ubat Hati: DTX ComplexMy Profile

  3. Salam,

    Boleh share apakah doa dan amalan yg dibuat utk cyst hilang? Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam