Ini kisahku JMR Jr

ULTRAMAN LIVE IN GENTING..Dayyan teruja!

Antara feveret HERO Dayyan adalah team ULTRAMAN. Kalau tanya, “Ultraman macam mana?” konfem dia akan jawab “Haiyakk!” sambil angkat tangan gaya Ultraman Cosmos!

Rezeki Dayyan pada hujung minggu lepas. Bertemu mata dengan HERO-HERO pujaan hati dia di event Ultraman LIVE in Genting yang sedang berlangsung sekarang hingga 29/3/2015. Awal-awal Puan Nunu dah beli tiket kot online dengan harga yang berbaloi. Untuk maklumat lanjut Ultraman LIVE in Genting, boleh ke website GENTING MALAYSIA.

Hanya ada dua show setiap hari- 4 petang & 8 malam di Genting International Showroom. Tiket kami untuk show jam 4 petang dan boleh mula di’redeem’ bermula jam 2 petang. Masa nak amik tiket, memang jelas kelihatan keterujaan kanak-kanak yang tak sabar nak menyaksikan Ultraman secara LIVE. Ye la kan, biasa tengok di kaca TV, kali ni depan mata!

Kami masuk setengah jam sebelum show bermula. Masa ni diadakan sesi bergambar dengan Ultraman. Bayaran sebanyak RM35 dikenakan print our gambar korang dan diframekan dengan frame limited edition.

Persembahan dimulakan dengan sesi perkenalan atau ‘remind’ geng-geng Ultraman. Baru aku tahu, Ultraman ni dah wujud sebelum bapak Dayyan lahir lagi. Tapi masih kuat dan tahan bateri di dada mereka…heheheh..seingat aku, masa kecik-kecik luh, aku pun ‘taksub’ gak dengan Ultraman ni. Pantang ada kat TV1 masa tu, pasti TV tu aku punya. Takde sapa boleh take over ke channel lain..Skang dah jadi habit si Dayyan Harith lak..nasib baik bapak faham nakkk..

Ultraman LIVE in Genting ni seakan-akan persembahan teater berteknologi tinggi. Ada efek-efek laser. Ultraman tendang tumbuk raksaksa tu pun cam REAL je. Siap ada sound effect tumbukan tu..ditambah lak dengan laser bagai. Mana lak kanak-kanak kat sini tak teruja giler kan.

Show lebih kurang sejam. Tengah-tengah ada selingan persembahan oleh watak cute & juga Emcee comel. Masa ni gak lak, geng-geng Ultraman akan datang ke seat-seat untuk beramah-mesra. Masa ni la diorang dok berebut nak berselfie dengan Ultraman ni kan. Lagi best, yang dok berebut nak berselfie tu, bukannya anak-anak kecil tu. Tapi abang-abang, akak-akak dan juga mak pak yang lebih excited nampaknya! Well..kami pun membesar dengan watak hero ni kan..hehehe

Scene paling gempak bila mana the most powerful giant ni keluar. Aku dok terfikir sampai skang, berapa orang dok dalam kostum menatang tu?? Besar kot. Takkan by remote control kan. Masa ni gak lak, geng-geng Ultraman lain keluar serentak. Masa ni gak, si Dayyan Harith dah excited giler, berdiri atas kerusi sambil tumbuk-tumbuk ke depan. Aku lak excited tengok dia

Tak pasti lak, total famili Ultraman ni hanya 8 orang atau lebih? Ada sapa-sapa tahu?

Salah satu kebahagiaan mak pak bila tengok anak mereka GEMBIRA..betul tak? Alhamdulillah…

Merchandise ULTRAMAN LIVE in Genting milik Dayyan Harith, kecuali robot tu. Tu bawak dari rumah. Jam projektor tu best. Dapat 3 sebab setiap pembelian tiket VIP akan dapat ni FREE. Kalau tak kena beli, RM30++ dengan tiket..takde tiket, RM80++ kot..takdenya nak beli..hahaha..yang bestnya, Dayyan Harith suka giler dengan jam projektor ni. Sampai ke tidur dipakainya, taknak buang. Tapi tahu lak tak leh pakai masa mandi..aish..!

Bagi mak pak yang tahu anak mereka excited dengan Ultraman ni, inilah masanya untuk bawa mereka. Bagi aku, series berbaloi..ingat nak pergi bawa adik Dayyan lak, harap ada lagi tahun depan! Enjoice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

23 thoughts on “ULTRAMAN LIVE IN GENTING..Dayyan teruja!”

  1. salam..nk tnye sket,harap sudi reply:
    (1)2awk bli tiket online tru rwgenting.com or groupon.
    (2) if tru groupn dpt x jam tu agaknye hehe
    (3) awk stay kt mane?or mmg org kl?
    tqia

    1. Salam Ayu, beli thru Groupun. Yup, price reduce tp dpt tiket vip, so dapat jam projektor..tp bear in mind, dianye term, while stock last..kitorg amik stay sana..ada first world hotel/resort hotel/maxim hotel..tidur sana sbb malas nak blk KL..hehe

      1. tq2 for reply!
        last quest:
        (1)Show tu kat grand hotel kan?da full.ape hotel dekat2 eh?sori awk byk tnye
        (2)bli groupon blh pilih seat x
        Tqsm!!

  2. Aku ada jawapan utk soalan kau tu.. Berapa orang yg pakai costume monster yang besar tu kan?
    Jawapannya sorang je bro.. Aku dah tengok suit dorang depan2 masa kat PICC dulu.. memang teknologi canggih, ada bateri dsb.
    Mohd Zarin recently posted…Smiggle SingaporeMy Profile

    1. yup..act dpn seat kitorg ada yang bawa kids dlm 6-7 bln ok je layan. Tapi ada gak baby yang takleh suasana bising. Sbb show ni dlm hall, sound system boleh tahan kuat gak..so kena tahu kemampuan anak mcm mana. kesian lak takut dia terkejut-kejut dgn bunyi yg kuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam