March 28, 2024

Menu sedap & sihat di Tanah Aina Cafe, Shah Alam.

Tanah Aina sinonim dengan keindahan resort di dalam hutan terutama kepada pencinta alam. Resort Tanah Aina memang terkenal dalam industri pelancongan negara, satu resort yang didirikan di dalam hutan dengan fasiliti bertaraf dunia ditambah dengan deruan air sungai yang mengalir jernih dengan ikan-ikan berenang tenang tanpa dicemari arus kemodenan bandar.

Setelah berjaya mengukuhkan jenama ‘Tanah Aina, kini Tanah Aina Cafe by Farhana’s Oven dibuka sebagai tempat persinggahan kepada peminat-peminat makanan barat dan juga timur yang mementingkan cafe berkonsep santai. Dekorasi dalama di Tanah Aina Cafe bercirikan alam semulajadi dengan susun atur perabut yang kemas dengan sentuhan warna-warna alam di setiap sudut. Kedengaran menarik kan?

Alhamdulillah, hujung minggu lepas, aku berpeluang menghadiri ‘Gathering Blogger Day‘ yang menghimpunkan lebih kurang 20 blogger Malaysia untuk sesi beramah-mesra dengan pemilik Tanah Aina, Yg Berbahagia Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil. Lokasi cafe ini adalah di Wisma Tanah Aina, Shah Alam.

Di Wisma Tanah Aina, selain daripada Tanah Aina Cafe, terdapat juga Fitness Centre dan juga dewan yang boleh ditempah khas untuk majlis-majlis persendirian.

Tanah Aina Cafe bukan sahaja menyediakan masakan tempatan, tetapi juga masakan yang bercirikan masakan antarabangsa. Paling penting, cara ramuan dan sajian yang digunakan di sini berasaskan bahan-bahan yang segar dan tidak menggunakan sebarang MSG di dalam masakan mereka. Lebih sihat dan tetap sedap kan.

Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang lazat dan dihidangkan sendiri oleh pemilik Tanah Aina Cafe ini. Dari menu pembuka selera hinggalah ke pembasuh mulut, semua sedap-sedap dengan ‘presentation’ yang sangat menarik.

Aneka juadah pemanis mulut.

Nasi Goreng.

Spaghetti

Italian Pizza

Nasi Lemak dan rendang.

Special Tea Set – Congkak

Komen ikhlas ni, setiap hidangan yang aku makan ka Tanah Aina Cafe ni sangat sedap. Kena dengan selera aku. Harga lak amat berpatutan, berbaloi dengan rasa, kuantiti dan tempat yang disediakan.  Memang ‘recommended’ untuk korang datang, bawa famili ke sini. Nak celebrate birthday pon boleh, nak wat family gathering pon boleh, nak dating kat sini pon syiok !

Kurangkan gula dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.

Alamat Tanah Aina Cafe:

Wisma Tanah Aina, No.1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3, Shah Alam, Selangor.

Tel: 603-5524 3258

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Menu sedap & sihat di Tanah Aina Cafe, Shah Alam.

  1. Tanah Aina Cafe ini diusahakan oleh Puan Seri To Puan Shariffa Sabrina Syed Akil serta dibantu oleh anak perempuannya sendiri iaitu Farhana.

  2. Cantiknya gambar makanan yang bro snap.. Rasa macam berada di sana join sekali dengan blogger-blogger femes ni… 😉

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *