Lamb Mandy sedap di Al-Rawsha Shah Alam

Lamb Mandy sedap di Al-Rawsha Shah Alam

Assalamualaikum wbt, Salam hari Jumaat yang penuh barakh..

Apa citer malam Jumaat semalam? eh?..maksud aku, area rumah kami meriah giler dengan dentuman mercun dan bunga api. Khabarnya, festival untuk orang Hokkien semalam. Tapi entri kali ni bukan pasal tu.

Nak share pasal Nasi Arab sedap yang aku makan di Al-Rawsha Shah Alam tempoh hari. Memang plan nak belanja my F.I.L makan tengah hari di sebuah restoran Arab di Seksyen 7, Shah Alam. My wifey yang cadangkan tempat ni since baca review pun ada yang kata menarik dan berbaloi. Al-Rawsha ni ada 2,3 tempat gak, so far, yang kat Shah Alam direviewkan yang terbaik. Alang-alang dah dekat ngan rumah, aku ON kan ajer.

Al-Rawsha Shah Alam

Kami sampai lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Ada dua meja yang berpelanggan. Parking memang luas dan tak perlu risau tentang keselamatan kereta. Dining hall kat Al-Rawsha Shah Alam ni pun luas, boleh muat lebih 100 orang pelanggan gak kot. Atas tingkat atas dan bawah.

review al-rawsha shah alam

Al-Rawsha Shah Alam. Kalau tengok dari bangunan dia, interior deco memang nampak sebuah restoran yang mewah. Ingatkan harga makanan di sini ‘luar biasa’..

Bila tengok buku menu, baru tahu, harga makanan Al-Rawsha Shah Alam ni tak jauh beza pun dengan restoran hidangan Arab yang lain. Berbaloi bagi aku, sebab suasana kat sini pun best, makanan sedap dan tak jauh dari rumah..hehehe

chicken kebab sandwich

Chicken Kebab Sandwich (RM7)..ingat nak bagi Dayyan je rasa sandwich ni. Tapi mak pak Dayyan lak yang habiskan.

Roti Mulawwah (RM3/pc) .. ala-ala roti canai. Patut dimakan dengan kuah yang diorder berasingan, tapi aku order ni je untuk Dayyan. Dia makan sikit, then tak minat kot. Last-last aku gak yang kena habiskan.

chicken mandy

Chicken Mandy (RM18/set). Portion memang banyak. Ayam diperap dengan rempah arab memang cukup rasa&lembut + saiz ayam yang besar. Puan Nunu, my MIL & my MIL order sorang satu. Memang tak terhabislah.

menu sedap al-rawsha

Haa ini makanan aku. Lamb Many (RM22/set). Puas hati dengan portion nasi dan daging kambing tu. Daging kambing muda yang diperap secukup rasa, lembut je tekstur daging kambing tu. Menurut ayam mertua aku, nasi mandy ni sebijik rasa dengan yang diorang masa mengerjakan umrah di Tanah Suci. Dan kata supervisor Al-Rawsha lak, nasi ni diimport dari Pakistan, beras special, takde karbodhidrat & gula yang tinggi, ada zat-zat lain je. Aku angguk je sambil setelkan nasi ala-ala brada Arab berbuka puasa…burp..sedappppp der.

Datang Restoran Arab, kenalah order Kopi Arab kan. Aroma dia wangi betul. Satu pot tu cukup untuk aku sorang je. Segar mata sampai ke malam..hehe

cinta hati

Yeah..thanks Dayyan sebab snapkan gambar ni..hehehe

Happy Birthday Tok Papa..semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah-ruah dan bahagia dunia akhirat. Thanks for everything. Enjoy trip ke Acheh next week ya!

Burpp alhamdulillah..sebenarnya ada lagi dessert yang Puan Nunu pilih. Pilih dessert memang beriya, itu nak ini nak, last-last aku gak kena habiskan ..hahaha

Alamat Al-Rawsha Seksyen 7, Shah Alam: No. 2, Jalan Platinum Seksyen 7 Shah Alam.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

7 Comments


  1. nak makan situ kena buat tempahan dulu ke? @ boleh trus pegi macam biasa je..

    1. Author

      setuju tu..utk kedai arab, ni la yang paling best design dia..saiz food pun mmg byk..aku pun tersandar haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam