Cukai yang menyeramkan

Lagi sebulan lebih ke tarikh bermulanya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 1 April 2015.

Bagi aku, umum masih ramai yang belum memahami dan mendalami, maksud/cara sebenar cukai ini dikenakan. Pemikiran umum masih utuh disogokkan dengan harga barangan lain akan naik selepas GST diperkenalkan. Dari apa yang aku faham semasa seminat GST tempoh hari, GST tidak memberi efek negatif kepada harga asal, malah lebih memberi keuntungan kepada orang awam.

Wallahualam..tunggu dan lihat je la nanti.

Cuma sekarang ni, anak lelaki aku, Dayyan Harith yang berumur 1 tahun 9 bulan berada dalam fasa melasak dengan sel-sel otaknya aktif bersambung antara satu sama lain.

Setiap kali keluar ke kedai, samada ke shopping mall ke Tesco ke, even ke gerai makan pun, kalau kat situ ada something berunsurkan ‘toys’ / ‘colorful’ yang berjaya menarik perhatian dia, konfem dia akan mencari idea untuk dapatkan benda tu. Selagi depan mata, selagi tu dia berusaha dapatkannya. Macam mana tu?

Sama ada dia tarik tangan aku, tunjuk-tunjuk benda tu, mulut mengomel dalam bahasa dia..lagi parah siap bergolek atas lantai dan menangis teresak-esak selagi aku buat dekk je…

cukai GST

 

Aku anggap ini satu CUKAI yang dikenakan oleh Dayyan kepada aku. Cukai yang menyeramkan. Ye la kalau pagi gi makan lontong kat foodcourt, tetiba kat situ ada jual belon Ironman pun dia nak. Then petangnya bila ke Tesco nak cari barang rumah, kena lalu Toys r Us, then dia berjaya lencongkan perjalanan aku ke dalam tu,ingat senang-senang dia nak keluar dari toys shop tu dengan tangan kosong?

hahaha…cepat-cepatlah berlalu fasa ini.

Note: Risau lak kot-kot terlebih manjakan dia……

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

11 Comments



  1. Rasanya cukai ini berpanjangan. Dan sebagai ibubapa yang perlu menangi cara menguruskan cukai ini. Saya akan strict kata tidak dari mula lagi. Sebab selepas anak menangis dan kita pun membeli nanti anak akan fikir menangis = ibubapa setuju dengan kata anak. Apa-apa pun setiap ibubapa Ada cara masing-masing.
    emalinmohd recently posted…Jamu atau Vitamin Sesuai Diambil Apabila Keguguran?My Profile

  2. Menariknya cukai yang diceritakan…hihi..memang itu ler cukai yang sentiasa berterusan…hihi..anak saya Alisha dah umur 4 tahun setiap kali kuar ada jer cukai pendapatan yang dia nak. Belum kuar rumah dah siap pesan cukai apa nak dibelikan tue…hihi..:)
    Iza recently posted…Sakit badan membantutkan emosi anda?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam