Western food sedap di Granny’s Restaurant

Aktiviti kegemaran bila balik kampung- MAKAN!

Dari mula perjalanan, dalam perjalanan hingga dah sampai di kampung pun, aktiviti jalan-jalan cari makan pasti berjalan dengan aktif.

Makan kat rumah yang umi masak semeStinya yang wajib. Lagi best, balik kampung 2,3 hari, sekali-sekala ‘besar ganjaran’ bawa famili makan di luar, sambil-sambil support bisnes orang kampung kan. Selalunya, bila berkumpul ramai-ramai, Restoran Ikan Bakar Zul akan menjadi port best untuk hiburkan perut.

Since baru 3,4 minggu lepas ke Restoran Ikan Bakar Zul, kali ni tukar selera lak di Granny’s Restaurant yang terletak di Seberang Jertih, Besut, Terengganu.

Western in terengganu

First time aku tahu tempat ni, bila terbaca update di Instagram adik perempuan aku. Nampak macam sedap. Bila dengar feedback daripada dia, recommended untuk dicuba. So ke sanalah kita.

Granny’s Restaurant ni sebenarnya diubahsuai daripada sebuah rumah kayu lama, menjadi restaraunt yang boleh memuatkan lebih kurang 80-100 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Lokasi betul-betul di tepi jalan utama KB-Kuala Terengganu. Dari Kota Bharu, sebelum sampai di jambatan bandar Jertih, belah kiri dah boleh perasan kewujudan Granny’s Restaurant ni.

Kat sini, ada menu barat, menu arab & menu Malaysia. Sesetengah menu tu hanya dihidangkan pada hari-hari tertentu. Dan harus difahami, Jertih ni bukan bandar utama, so ada sesetengah masa tu, bekalan bahan mentah tidak mencukupi, dah menu tu akan menjadi ‘Out of Stock’..jangan ko gi order lak..

So apa yang kami order hari tu ye? Ops..Sori, gambar dari Samsung S3, memang noise bila shoot di tempat low light..hahaha..

Nasi Mandy Kambing untuk makcik aku. Sempat aku cuba sesudu dua. Nasi mandy dia ok, sedap. Daging kambing tu pun cukup rasa, cuma agak liat berbanding nasi arab lain yang pernah aku makan.

chicken chop besut

Aku dan umi order Chicken Chop. Agak simple. Dihidangkan bersama fries + coleslaw. Blackpepper sauce tu sedap. Not so pedas..chill chill je rasa.

salmon bakar sedap

Mommy Dayyannye order malam tu. Grill salmon sebab katanya adik Dayyan yang dalam perut request. Ok, no hallah. Ni last kopek untuk hari tu, kalau lambat memang kempunan la kot. RM15 untuk satu set ni boleh aku consider berbaloi dengan rasa dan kualiti.

macaroni bakar sedap

Baked macaroni untuk si dak kecik Dayyan Harith. Tapi macam dia tak gemar sangat je. Lagi suka salmon & chicken chop tu. Last-last aku ngan Nunu je habiskan. Hmm sedap gak rasa dia, cuma panas la kan awal-awal tu. Tu yang dak kecik tu menolak je.

Kalau tanya aku, memang 7/10 aku boleh rekemen. Harga memang berbaloi dengan kualiti rasa, servis dan tempat tu. Tak silap aku total makan untuk 4+1 orang tu  tak sampai RM70, which is anyone can eat kan? So sesiapa yang lalu/ke Besut, bolehlah singgah makan kat sini.

Selain daripada menu ni, seingat aku ada gak menu ketupat sotong, nasi beriyani, nasi dagang, nasi mandy ayam, set sandwich, puding roti, pavlova, lontong etc..dem kecur lak air liur aku ni..

Burppp alhamdulillah…

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

9 Comments

  1. Eh kt Jerteh je.. balik kampung nanti boleh cuba ni. hehe
    Thanks bos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam