March 28, 2024

Pertama kali jejak kaki di Malaysia.

Pertama kali jejak kaki di Malaysia. Tajuk nak yo yo oo je kan.

Bukan bercerita tentang omputih atau orang Paris, mahu pun awek Vietnam yang pertama kali ke Malaysia..

Tapi cerita tentang budak hensem macam bapa saudara dia kat bawah ni.. nama sebenar Aizuddin Ishraf bin Fakhuradzi, anak adik lelaki aku yang menginap di Jepun, anak saudara kedua aku, cucu ketiga umi aku, adik kepada Amanda Qaisara. Dilahirkan di Jepun, 6 bulan lepas. Pertama kali pulang ke Terengganu, Malaysia, pada bulan Disember 2014..

Memang teruja si Aizu ni bila pulang ke kampung ayah dia di Besut, Terengganu. Rambut dah ala-ala geng J-Pop. Tapi J-Pop yang tak berpanjangan, sebab mak ayah dia dah plan untuk botakkan kepala dia..ye la kan, rambut dari dalam perut lagi. Lebih baik dibuang untuk bagi peluang kepada rambut baru melihat dunia.hehe..

 

Bye-bye rambut J-Pop..

 

Kakak pasrah je tengok adik dibotakkan..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Pertama kali jejak kaki di Malaysia.

Leave a Reply to Ummi Naimie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *