A happy boy, a happy family.

A happy boy, a happy family.

A happy boy, a happy family. Ayat omputih lagi senang nak faham sebab bila aku try tukar ke bahasa, ‘seorang budak gembira, sebuah keluarga bahagia’, macam tak kena lak maksudnya.

A happy boy tu merujuk kepada si dak kecik yang makin membesar, Dayyan Harith masa hujung minggu lepas. Sakan berjalan. Sebenarnya, Sabtu lepas, aku ada tugas fotografi di Segamat, Johor, gambar majlis pertunangan photographer majlis pertunangan kami. Faham tak? Photographer shoot photographer. Ye la, takkan nak amik gambar majlis pertunangan sendiri kan.

Alang-alang, yang dishoot itu adalah adik kepada Puan Nunu, terus bawa famili ke sana gak. Lagi pun, ni first time aku ‘berkenalan’ dengan famili di Segamat. I is happy, begitu gak dengan Dayyan yang dilayan begitu baik. Telatah Dayyan memang mencuitkan hati. Sekali-sekala nakal, manja, ngada-ngada tu la yang menghiburkan dan menguatkan ikatan antara kami.

Sesi fotografi diteruskan hingga ke jam 6.30 petang. Biasa la kan, bertunang pun nak kena ada sesi outdoor gak. Kot-kot boleh guna sebagai props masa majlis persandingan nanti kan. Gambar masa sesi ni, nanti aku upload di FB foto aku: Suara Mata Photography.

Setel majlis, balik ke rumah sana jap, then ke rumah Makcik Ani sebab MIL sedang menunggu di situ. Ingat nak singgah makan malam kat mana-mana di Segamat, tapi kami dijamu lak dengan burger sedap, hasil tangan sepupu baik sejak kecil Puan Nunu. Amekkaw, dua biji aku ‘kena paksa’ makan. Alhamdulillah..

Dalam perut kekenyangan, drive balik menuju ke KL. Mencabar ok, rasa mata ni berat gila nak terus terbuka. So singgah di Port Dickson, resort milik famili di Port Dickson Tiara Beach Resort. Dayyan kalau datang sini memang excited. Lepas mandi jam 11 malam, aku terus terbongkang, dia rilex je sambung main sorang-sorang dalam gelap since mommy&mama wan dia pun dah lena awal. Dah penat, pandai la dia naik katil tidur. Untung ada anak macam ni kan..hehe

Pagi Ahad, belum sempat aku bangun Subuh, Dayyan dah bangun. Maybe dia dah bau swimming pool kat bawah tu. Tapi aku takde mood nak ke swimming pool tu. Mood aku lebih ke ‘mandi pantai’ pagi-pagi ni..

Sebelum bermesra dengan ombak, kami brekpes di salah satu gerai di Teluk Kemang tu. Nasi lemak yang tak lemak sangat. haha pagi-pagi aku dah membebel kat Puan Nunu instead of aku patut membebel kat tokey kedai tu sebab nasi lemak dia sangat hampehs.

Dayyan? Rilex je telan nasi lemak tu macam sedap gila. Aku tak faham taste anak aku sorang ni!

 

Ok, Ni first time Dayyan mandi pantai. Biasa aku bawa dia di tepian je, kali ni terjun sekali. Nak tengok water confidence dia jauh mana. Aku kagum sebab dia tak gayat air walaupun lokasi tu paras air kat dada aku, dan dia free, tanpa any floating device. Ok, dah besar boleh kerja offshore ni.

Budak kecik ni bila dah masuk dalam air, ko ingat senang-senang nak ajak dia naik? Menjerit sakan dia bila aku dukung nak gi cuci badan. Padahal tangan dah kecut sebab sejuk tu. Sabar je la kan…

Kat area pantai Teluk Kemang tu ada tandas boleh mandi. RM1 per entry. Memang aku mandi puas-puas la kan. Kasi badan segar balik sebelum balik ni. Lagi 2 jam nak kena drive.

Nak kena balik awal, sebab umi, adik-adik, Atok & Ciksu dah sampai dari Terengganu. Makin excited la Dayyan jumpa diorang. We are a happy family. Mesti Dayyan lagi excited minggu ni sebab dapat  jumpa famili-famili di Johor dan Terengganu! Lega sikit aku minggu ni sebab Dayyan ada ramai pengasuh yang boleh tolong jaga dia..hehehe…

Syukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat rezeki ini. Keluarga bahagia juga satu Rezeki yang tak ternilai kan?

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments

  1. Anak2 ni pengubat semua masalah… keceriaan diorg buat kita gembira… Masa main ngn anak actually kita yang main, kita yang terlebih suka….
    Noor Azlin @ Bizznurse recently posted…Bola Bola Bola AFF Suzuki CupMy Profile

    1. Author

      betul tu azlin..kdg2 org tua yg lebih excited..anak la anugerah yg tak ternilai kan.

  2. Seronokkan bro.. Bila dapat meluangkan masa bersama anak-anak… Seronok melihat mereka membesar dihadapan mata… Sebagai seorang ayah, kita perlu menghargai peluang ini dengan sebaiknya… 😉
    Anuar recently posted…Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

    1. Author

      alhamdulillah..sentiasa hargai sblm kehilangan kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam