March 28, 2024

Restoran Kampungku, Lake View Club Subang Jaya.

Salah satu program wajib bulanan kat ofis, program makan free. Tak kisahlah untuk celebrate birthday ke, untuk celebrate menang projek ke, janji ada makan-makan untuk staf.

 

At least, save gak belanja makan tengah hari satu hari kan. haha..untuk bulan ni, since dah bosan dengan Tony Romas, TGIF/Chilis, ke restoran masakan kampung- Restoran Kampungku, Lake View Club Subang Jaya. Tak jauh dari SJMC, sebelah dengan Dorsett Hotel.

 

Keunikan pada hari ni, meja fully booked. Ingatkan ada function apa, sekali ada Reunion budak-budak UPM yang dah grad 45 tahun yang lepas. So kiralah berapa umur diorang hari ni? Suasana memang havoc, hinggakan aku just boleh fokus untuk makan je, nak borak-borak dengan staf lain memang tak dengar. Almaklumlah diorang hampir 40 tahun tak jumpa sesama sendiri tu.

 

Menu kat sini adalah menu berasaskan lauk-pauk kampung ikut bangsa. Ada masakan Melayu, ada masakan Cina dan juga masakan kaum India. Yang bajet diet karbo, memang takleh wat pe la. Ada nasi, ada mi goreng, ada bubur, ada nasi briyani etc.

 

Nasi campur 1 Malaysia aku panggil ni. Ada udang celup tepung (sumber kolestrol), nasi goreng cina (sumber karbo+gula),ada ayam masak merah (sumber protein), ada cam sushi tu (sumber apa ntah)..semua masakan dalam satu pinggan.

 

Ruangan pencuci mulut. Simple je. Ada onde-onde(gula melaka), ada sandwich, ada kuih sagu, dan ada kuih yang aku tak tahu namanya.  Memang kena dengan harga pakej, tak sila aku dalam RM20 untuk seorang.

 

Dan ada juga peti aiskrim. Boleh amik ikut nafsu masing-masing. Ada of koz, akan pilih chocolate+vanilla je. Perisa lain-lain tu aku kureng sket.

 

Rojak buah! Yang ni paling aku suka untuk sesi lepak di sini. Letak kuah rojak ikut sukatan sendirim letak kacang ikut sukatan sendiri dan letak buah ikut sukatan sendiri, then gaul sendiri..meleleh lak air liur aku tengok gambar ni. Grrr..

Trip makan ke Restoran Kampungku, Lake View Club Subang Jaya kali ni ok la kan. Takde la sampai kenyang giler melantak lauk-pauk sebab tengok itu nak makan, tengok ini nak telan. Ok la untuk lepak-lepak santai dengan rakan ofis masa lunch hour. Setidak-tidak dapat mengeratkan lagi semangat berpasukan/teamwork dalam satu organisasi kan..Takde la hari-hari tengok muka stress je nak setelkan projek kan..hehehe..

Alamat Restoran Kampungku Lake View Club:

Lot 3606, SS12/1, Lake View Club, Subang Jaya, 47500 Selangor.

www.kampung-ku.com

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Restoran Kampungku, Lake View Club Subang Jaya.

  1. bagusnya ada makan2 mcm ni every month.. kitorg bila bulan puasa & celebrate birthday je akan buat makan2 camni. kalau dah tension sgt buat kerja, book 1 bilik, tutup ofis separuh hari. g karaoke ramai2. heee….

  2. udang celup tepung tu la best..hee…wahh, aiskrim…memang makan sampai tak mahu tengok aiskrim la kalau dapat ni…heee

  3. kumpul ramai2 takleh selalu tu… 45 tahun sekali tu okay lah… kalau selalu dah tu ngan buffet lagi… habislah diet…. sedap2 pulak tu makanannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *