March 28, 2024

U-Cafe Wangsa Walk. Cafe wajib terjah.

U-Cafe bukan cafe yang terletak di sebuah universiti mahupun cafe di sebuah hospital. U-Cafe terletak di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Wangsa Maju, Wangsa Walk. Ini fakta bukan auta.

 

Hujung minggu lepas, aku sekeluarga dan rakan-rakan blogger lain berpeluang mencuba sendiri menu-menu sedap dan menarik yang terdapat di U-Cafe Wangsa Walk. Oh ye, bagi yang belum biasa ke sana, U-Cafe ni terletak di Wangsa Walk, Lot GL-06, dari entrance parking, dah boleh nampak U-Cafe ni, tak jauh dari main entrance. U-Cafe menyajikan hidangan ala barat dan ala timur dengan harga mampu makan. Honestly, list dalam menu dia banyak giler hoi. Take time gak nak memilih dari appetizer, main dish sampai la minuman. Nak aku citer satu-satu ke apa yang aku makan hari tu? Ok, bleh, aku citer apa yang aku makan je, yang tak makan, buat apa nak citer dongeng kan..ok,lap air liur luh..bismillah..

Sebelum proceed dengan order menu lain, kita order minuman dulu. Untuk aku dan baby Dayyan, aku order Apple Crush & Banana Chocolate untuk mommy. Ni bukan guna perasa epal ye, tapi pure buah epal yang diblend. Rasa masam-masam manis gitu. Hilang dahaga!

 

Then, proceed dengan menu untuk appetizer. Banyak giler list dia hoii..semua nampak sedap-sedap je.

 

Datang U-Cafe memang aku rekemenkan untuk amik appetizer sambil menunggu main dish. Yela kan, datang sini, gathering ramai-ramai tak kan datang makan dan terus balik kan. At least, bleh gak spend masa together, chit chat sambil menguyah appetizer. Takde la bosan sangat kan.

 

Untuk appetizer, kami dihidangkan dengan Combo Platter dan Popcorn Chicken Green Salad. Ni bukan popcorn yang macam kat panggung wayang ye. Ni popcorn rasa ayam dengan salad hijau+tomato+lada benggala disulami dengan dressing yang mantap gabungannya. Combo platter lak adalah mix snack yang terdiri daripada fried prawn, fried crab stick, potato wedges, onion ring etc.

Sangat ‘feel good’ makan salad sambil berchit-chit dengan Rakan Blogger dengan suasana selesa U-Cafe Wangsa Walk ni. Oh ye, U-Cafe Wangsa Walk ni terbahagi kepada 2 bahagian, Level Atas dan Level Bawah. Level atas yang luas dan selesa untuk berkumpul ramai-ramai, dikelilingi dengan pemandangan parking Wangsa Walk..heheh..direct boleh nampak luar sebab dindingnya adalah cermin kaca, sangat nice!

Belum setel set appetizer kami, main dish dah sampai. Kejap je kan? Good servis la kat U-Cafe ni. Untuk menu pertama, Spaghetti Aglio Olio with seafood. Ada udang besar & mussel! Nyummy..rasa memang sedap, ada rasa rempah-rempah yang pedas-pedas manis dengan udang dan mussel yang segar!

Salmon fillet ni lak feveret baby Dayyan Harith. Isi salmon segar yang digrill dan dicurah dengan sos bercheese. Sidenya lak adalah brocolli dan mashed potato, memang cukup rasa. Ni kalau bagi Dayyan satu set ni pon, dia boleh habeskan. Salmon fillet tu besar ok, boleh kongsi 3,4 orang gak.

 

Bagi peminat spaghetti Carbonara, aku rekemenkan menu ni di U-Cafe Wangsa Walk. Rasa manis dan pekat sos carbonara cukup lengkap untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Ditambah lak dengan isi ayam yang lembut dan segar segar manis gitu!

 

Hidangan seterusnya adalah Nasi Lemak U-Cafe! Makan lemak dengan sambal dan ayam goreng, itu biasa! Tapi nasi lemak kat sini dihidangkan dengan rendang ayam, kerabu mangga, sambal tumis, ikan bilis dan kacang, telur rebus dan lada seakan-akan solok lada. Tak sure lak apa nama lada tu. Rasa nasi lemak ni memang sesuai untuk mereka yang ngidam nasi lemak tapi mementingkan makanan sihat. Nasinya tak terlalu berlemak, so-so lemaknya dan sambal tumis yang tak terlalu pedas & manis.

 

Next hidangan, Nasi Bonjori. Seakan-akan nasi lemak, tapi sedikit berbeza dengan rendang ayam digantikan dengan ayam goreng. Nasi pun sah-sah bukan nasi lemak kan. Nice rasa dia. Hmm..kalau aku, makan nasi dengan kerabu mangga tu pun dah syiokk..

 

Kami juga dihidangkan dengan Nasi Goreng Jepun style. Oishii deshita! Nasi yang digoreng light-light dan ada rasa soy sauce, Jepun mari maa..ni kalau makan dengan wasabi, lagi menambahkan rasa Jepun kan..

 

Ini rare bagi aku! Biasanya, nasi goreng nenas yang diletakkan dalam nenas. Tapi kali ni dalam pumpkin / labu! Nak makan labu labu tu skali pun boleh. Kat atas tu ada chicken chop. Kalau makan sorang-sorang ni , memang kenyang giler sebab potionnya yang agak besar.

 

Ni lagi satu recommended dish bila korang datang U-Cafe. The best stewed in town. Isi ayam pun lembut. Order ni satu, order nasi putih sepinggan pun dah boleh pegi. Oh ye, set yang dihidangkan untuk kami ni set besar, boleh makan untuk 4/5 orang.

 

Ni feveret aku gak. Udang goreng celup kuning telur masin. Ni menu biasa kalau pergi restoran Chinese Muslim. Aku suka cara U-Cafe masak menu ni. Tidak terlalu masin dan rangup tanpa terlalu berminyak! Saiz udang pun besar ye.

 

Haha menu seterusnya ialah set nasi putih dengan udang celup telur masin, kacang botol goreng dan ‘Bakul keladi’..haha atau dalam omputehnya “Fried Prawn with Salted Egg-Yolk&Season Vegetable in Yam Basket Rice” ..yam basket tu sedap, lembut sangat macam makan tauhu je.

 

Oh ye, korang pun boleh order Kailan Ikan masin bersama dengan set Fried Prawn with Salted Egg-Yolk&Season Vegetable in Yam Basket Rice. Kailan dimasak segar dengan isi ikan masin yang tak terlalu masin-sedap!

 

Untuk pengetahuan, semua menu kat atas tu, memang aku makan. So aku boleh kasi pandangan hasil ‘melantak’ aku sendiri ye..hehe..Banyak kan? Jamah sikit-sikit le untuk setiap menu, kalau nak habiskan semua, memang tak larat sebab potion kat sini banyak tau, berbaloi dengan harga yang pelanggan bayar.

Macam aku cakap tadi, U-Cafe Wangsa Walk ni sangat sesuai untuk korang melepak atau bergathering ramai-ramai. Tempatnya selesa dan abang-abang waiter&kakak-kakak waitress yang cekap bekerja dan melayan pelanggan walaupun masa peak hour. Paling penting, sumer staff kat sini friendly dan sedia melayan all the time. Thumbs up!

Lepak dua tiga jam pun takde hal kat sini. Sebab ada macam-macam menu! Kalau tak nak menu berat-berat/nasi, ada menu ringan cam menu seterusnya ni. hehehe

 

Penang Curry Laksa untuk santapan ringan. Cukup rasa cam laksa penang original. Nak lebih masam, perah je lagi limau yang disediakan tu. Rasanya tidak terlalu hardcore, anak-anak pun boleh makan nih. Just kalau nak tambah pedas, mintak je cili lebih.

 

Kat U-Cafe Wangsa Walk ni gak ada beberapa pilihan Kway Teow seperti Penang Char Kway Teow atau Pan Fried Kway Teow with Beef. Kway Teow goreng memang feveret my wife. Katanya, kway teow goreng U-Cafe ni cukup rasa dan sedap, nak-nak bila dihidang dengan cili potong yang pedas-pedas masin gitu..potion memang kenyang giler untuk sorang makan ni.

 

Kalau tak suka laksa atau kway teow, jangan risau. Ada gak Fried Vermicelli with Sambal Sauce&Mussel. Ala-ala mihun goreng pedas dimasak dengan mussel. Agak pedas, tapi still ok bagi aku.

 

Menu terakhir kami pada hari tu, Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab. Untuk peminat ketam kulit lembut, aku rekemenkan korang cuba menu ni kat sini.

Burppp alhamdulillah…amacam? banyak tak kami makan? hahaha..

Sebenarnya, ni hanyalah sebahagian daripada menu lazat yang terdapat di U-Cafe Wangsa Walk. Ada berderet lagi menu yang patut dicuba. Hmm..kalau krang rasa dah kecur air liur, dan kebetulan lak rumah dekat je dengan Wangsa Walk, aku cadangkan korang cuba selangkah ke U-Cafe Wangsa Walk ni dan rasai sendiri pengalaman menjamu selera di sana, especially sempena Hari Ibu, hari ini!

Alamat U-Cafe Wangsa Walk:

GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 03 41319686

atau boleh dapatkan info details mengenai U-Cafe ni di http://www.u-cafe.com.my atau ke Facebook U-Cafe.

Halalkah makanan di U-Cafe Wangsa Walk? Ya, U-Cafe Wangsa Walk mempunyai Sijil Halal JAKIM dan secara LIVE, staff mereka dah tunjuk sijil HALAL original mereka kepada group kami:-)

SELAMAT MENJAMU SELERA!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “U-Cafe Wangsa Walk. Cafe wajib terjah.

  1. Pingback: Main dengan SEO. |
  2. Bila dapat makan kat sini lagi! Laparnyaaaa. Huaaaaaa. Ena pun paling suka salmon tu. Hehehehehe. Apapun semuanya memanng sedap!

  3. Hebat bro JMR yer kamera besor tuh…semua gambar sgt menarik….bila tgk semua makanan rasa nak pi repeat semula la bro….dayyan mana dayyan sihat x dia hehehe kirim salam pada nunu ye

Leave a Reply to akuzle ayu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *