March 29, 2024

Bila baby boleh makan cheese?

Orang dewasa makan cheese/keju, ini perkara normal. Makan begitu sahaja, dengan roti atau pun bersama pasta.

Baby makan cheese, series aku baru tahu. Ingatkan tak boleh, yela kan, sebab cheese yang biasa kita makan tu, sedikit masin, ada perasa dan coloring. Sebelum ini memang tak tahu dan tak ambil tahu. Selepas small celebration kat office, baru aku tahu yang bayi seawal usia 8 bulan, sudah layak untuk menikmati CHEESE.

Tapi bukan semua cheese baby boleh makan. Kalau baby disahkan menghidap ‘milk alergy‘ atau alahan lain seperti eczema, better check dengan lebih lanjut dengan doktor. Atau kalau famili korang mempunyai sejarah alergi makanan atau asma, mungkin lebih baik diberi pada usia yang lebih atau berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dengan lebih lanjut.

Cheese bagus untuk baby sebagai sumber kalsium yang tinggi, Vitamin A dan B2. Kebanyakkan cheese yang terdapat kat market di Malaysia ni ie: cheesdale/kraft tidak sesuai untuk baby kerana mengandungi bahan pengawet, emulsifier, garam etc yang memang tidak sesuai untuk baby korang.

Jadi, cheese mana yang sesuai dimakan oleh baby?

Cheese original. Cheese yang dipasteur dan bebas dari bakteria. Untuk pertama kali, bolehlah di’foodtest’ untuk baby korang dengan Cream Cheese atau cheese yang mempunyai tekstur lembut. Sama ada diberi begitu sahaja atau dimakan bersama pasta untuk baby, terpulang kepada selera anak masing-masing.

 

Tips: Sekiranya anak korang pertama kali makan cheese, perhatikan sama ada terdapat reaksi negatif atau tak. Sekiranya terdapat tanda-tanda ruam kulit, muntah-muntah, cirit-birit, susah bernafas etc, segera bawa berjumpa doktor. Kemungkinan si comel alah kepada CHEESE.

Selamat makan cheese!:-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Bila baby boleh makan cheese?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *