Langkawi SkyCab..hajat tidak kesampaian. Nasib baik Oriental Village best.

Ahad 9 Mac 2014

Hari kedua di pulau lagenda Langkawi. Awal-awal dah plan, nak berjalan sakan pada hari kedua, sebab hari ketiga hanya separuh hari je kat sebelum terbang pulang. Kalau nak ikutkan, tempoh 3 hari 2 malam memang tak cukup untuk pusing tempat-tempat best kat Langkawi ni kan. Aku serah kepada Dayyan dan mommynya untuk pergi ke tempat yang diorang nak pergi. Aku follow je.

Plan awal untuk hari kedua- Cable car, Underwater World, Pekan Kuah beli cokelat, kilang gamat, sunset Pantai Chenang, Porto Malai, Makam Mahsuri, Beras terbakar ..nah amik, panjang berjela list ‘tempat-tempat untuk dilawati’ pada hari kedua.

Jadinya, awal-awal pagi lepas brekpes di hotel, terus bersiap-siap nak ke SkyCab. Katanya Dayyan nak naik kete kabel sebab tak pernah naik. Konpius gak sebab baru 10 bulan tapi dah pandai request camni kan. Ikutkan ajer..

Dari Hotel Villa Bista ke SkyCab Langkawi ni, amik masa sekejap je. Lebih kurang 20minit. Senang je nak ke sana. Signboard banyak, tak pon leh guna GPS je. Akan lalu jalan bengkak bengkok sket, dan berbukit-bukit sebelum sampai ke perkampungan di kaki bukit sebelum panjat bukit ngan cable car, dinamakan Oriental Village.

Kaunter pembelian tiket untuk SkyCab. Biasanya, waktu operasi untuk Skycab ni bermula pada;

  • jam 10pagi hingga 7 petang pada hari Isnin&Selasa.
  • jam 12 tengah hari hingga 7 petang pada hari Rabu.
  • jam 9.30pagi hingga 7 petang pada hari Jumaat-Ahad dan juga public holiday.

Harga tiket Skycab:

  • Dewasa – RM30
  • Kanak-kanak – RM20.

Harga istimewa untuk warga Malaysia, rasanya separuh harga kot. Tak pasti, sebab masa hari kejadian ni, ada masalah teknikal yang belum diperbaiki sejak semalam. So, tengok je la kereta kabel tu dari bawah. Frust. Kalau tak, dapatlah menikmati pemandangan sekitar Pulau Langkawi yang kompom-kompom takkan dapat di KL kan?…

Brada kaunter tu cakap, kalau masalah dapat diselesaikan hari ni, mungkin pagi esok SkyCab akan beroperasi seperti biasa. Tapi malangnya, bila aku call petang tu untuk konpemkan dah setel ke belum, jawabnya tak setel lagi. Baru ingat nak naik sebelum terbang pulang. Kecewa lagi sekali..huhuhuh..next time ye.

Dayyan frust bukan main. Tengok tu, dia tak caya bila aku cakap cable car takleh naik. Siap ushar brada kat kaunter tu.

Alang-alang dah sampai sini, takkan nak terus keluar dari tempat ni kan. Nasib baik ada Oriental Village. Boleh la berjalan-jalan habiskan masa berkualiti bersama anak dan isteri kan.

Oriental Village ni kira luas gak. Tapi takde la sampai habis kitorang pusing. Kat depan tu je. Kat sini gak korang boleh sewa kereta kuda pusing-pusing tempat ni. Sewa je, yang bawak bukannya korang ye, ada ‘driver’ dia sendiri. Harga berpatutan, tapi aku lupa bawa ringgit.

Sebelah dengan servis kereta kuda tu, ada artis lukisan pasir. Aku nampak ada gak peserta lawatan yang amik kelas tuisyen dengan brada artis ni. Brada tu sporing, siap bagi free trial guna tools dia untuk korang create lukisan pasir tu. Kalau nak cantik lagi, upah je brada tu. Harga mengikut saiz botol, RM20 kot lebih kurang. Aku nampak ada pelawat yang abadikan #PrayForMH370 di lukisan pasir yang diorang tempah khas ni.

Sebelah dengan gerai lukisan pasir tu, ada sekor ular sawa albino. Hak milik brada lukisan pasir tu. Boleh gak kalo korang nak bergambar bersama dengan si ular sawa tu..Dayyan seronok ‘melayan’ ular sawa tu. Siap hulur-hulur tangan lak tu. Seram lak aku.

Di tengah Oriental Village ni, ada tasik/kolam yang di tepinya ada Oriental Cafe. Hijau betul air kolam tu kan. Macam best gak ngopi kat tepi kolam tasik ni sambil borak-borak.

Kitorang pusing-pusing dalam Oriental Village ni lebih kurang setengah jam je. Tak abis pusing pon, takda apa sangat. Lagipun frust cable car tutup dan cuaca mula membahang.

Check out dan teruskan pengembaraan untuk hari kedua di Langkawi ni. Ke mana plak kita lepas ni..nanti la aku stori di next entri ye.

Cekidaut..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

8 Comments



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam