March 29, 2024

Restoran Flora Terrace, Hampshire Place KL || Spaghetti Salted Fish memang rare!

Tercari-cari restoran yang menghidangkan masakan Asian+Western& Chinese dengan suasana eksklusif, deco yang elegan dan segar ? Meh aku rekemenkan satu tempat ni..

Malam Jumaat minggu lepas, bersama beberapa blogger lain melalui perantaraan Puan Nadia, kami dijemput untuk satu sesi ‘food review’ sebagai satu langkah strategi pemasaran untuk Flora Terrace di Hampshire Place Kuala Lumpur. Sesi ini berkonsepkan ‘kalau sedap, kita puji&war-warkan, kalau tak sedap, kita C&C , kriktik&komen..’ eh ni konsep aku je sebenarnya..hehehe:-p

 

Flora Terrace ni terletak di Hampshire Place, Jalan Mayang Sari, betul-betul berhadapan dengan Marine Tokio. Dari Jalan Tun Razak dah boleh nampak. Hiasan dalaman dan luaran memang superb, memang nampak elegan dengan ukiran-ukiran hiasan dan permainan lampu pada waktu malam.

 

Antara menu yang aku rasakan unik di sini adalah gabungan masakan barat dengan asia terutamanya menu Malaysia. Pernah dengar Rib Eye Steak belacan? Pernah dengan spaghetti ikan tenggiri masin? Haa mungkin tak dapat nak try kat tempat lain, tapi korang boleh try di sini! Rare kan?:-p

 

Seiring dengan nama restoran ni, hiasan dalaman di Flora Terrace memang ‘ditumbuhi’ flora yang sedap mata memandang dan sesuai untuk diadakan private event ie; birthday party, majlis bertunang, office dinner atau pun sebagai tempat berdating. Romantik tau tempat ni.

Back to food review.

 

List menu untuk blogger pada malam tu, hasil resepi founder Flora Terrace  dan hasil tangan chef hebat Flora Terrace. Nama pun dah unik.

 Hidangan pertama kami cum as appetizer pada malam tu. Flora Spring Roll, rupa macam popia kan. Tapi rasa dia bukan sebarangan. First dish memang memainkan peranan penting. Kulit luar yang digoreng rangup dengan isi dalamnya ie; lobak, kepingan isi ayam yang unik gabungan, dicicah dengan sos istimewa. Semua puji rasa ‘popia’ ni woo.. Memang terbaik! Bro Aim siap nak order tambahan untuk take away.

Chef Salad ni lak sesuai untuk mereka yang ‘on diet’. Gabungan kepingan isi salmon segar, telur puyuh, salad, carrot, disaluti rasa dressing yang kena sebagai pembuka selera. Kepada penggemar sashimi salmon ni, kompom akan rembat isi salmon tu cepat-cepat cam aku. Untung kat meja aku, ramai yang kurang gemar dengan isi mentah salmon tu..hehehe

Tekak melayu, mestilah selera melayu kan. Nasi Goreng Flora in the house! Nama am nya aku tak pasti, samada nasi goreng seafood ke, nasi goreng kampung ke, tapi kalau dibelek-belek disebalik nasi goreng tu, ada udang, ada ayam, ada mix vegetable. Sedap dan sesuai dimakan dengan lauk sampingan lain.  

 Ini Rare! Nasi Serai adalah nasi yang ditanak dengan campuran serai asli yang diblend halus..Halus halus ok. Masa makan Nasi Serai ni, tak terasa pon hampas serai, tapi rasa serai memang terasa. Aku ada gak intai-intai, kot-kot ada terselit sebatang serai kat bawah nasi tu, tapi tarak! Makan nasi saje pun dah ok. Tapi nak ok lagi, boleh order lauk pauk seperti kat bawah ni.

Kombinasi menarik antara nasi serai + daging masak hitam. Kenapa nama dia ‘daging masak hitam’. Ye betul! Sebab kaler dia hitam, tapi bukan hangit/overcook. Sebab rempah ratus dia memang kaler gitu kot. Isi daging lembut dan bak kata Eida, rasa dia memang rasa mak mak kita masak.!

 Untuk mereka yang kurang gemarkan daging seperti Puan Nunu, boleh order Chicken Masala, atau ayam masala. Samalah tu! Ayam masala&nasi serai, ni aku rasa satu kombinasi yang sangat menepati citarasa aku feveret aku, nasi goreng ayam masak merah;-)

Bagi penggemar seafood, Udang Sambal ni sesuai digabungkan dengan nasi serai tu. Rasa manis-manis udang, ada pedas kuah sikit dengan rasa serai pada nasi tu, fuhh memang fresh badan kot. Jangan risau, udang tu dah siap dikopek, just telan dan nikmati rasa segar udang tu jer..hehehe. 

Haa..menu yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai..aku tunggu sebab ni first time aku jumpa menu ‘spaghetti ikan masin‘. Tak pernah terfikir lak nak buat gabungan menarik ni. Seperti kata manager Flora Terrace ni, ikan tenggir masin dipotong halus-halus dan digaul hingga sebati kat spaghetti tu. Rasa memang RARE! Nak kata masin sangat, tak gak, cun cun je. Rasa kebaratan pada spaghettinya tetap ada. So, menu yang ni paling banyak aku tambah..hahaha..tip top,  nanti aku nak cuba masak, spaghetti sos budu lak!

 

 Dessert sempena anniversary kedua kami. Alang-alang dah kat sini, kami celebrate terus 2nd anniversary perkahwinan kami yang lagi 4 bulan. Tak nak lepaskan peluang menyambut ditempat eksklusif ni..hehehe..*guraujesayangjanganmarah!

Sebenarnya Chocolate Fondant ni adalah pembasuh mulut/dessert untuk kami pada malam tu. Untuk 2 orang, potionnya memang besar. Sebab kek tu banyak sangat, yang konfem abisnya just aiskrim + stoberi tu ajo..sama je untuk couple-couple yang lain..

 

Antara bloggers yang hadir pada malam tu. Rata-rata memuji kualiti dan kuantiti makanan yang dihidangkan. We had fun that nite! Terutamanya dengan suasana restoran yang memang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti gathering sebegini.

Sejujurnya, ini pertama kali aku ke Flora Terrace di Hampshire Place ni. Bab deco dan rasa masakan pada malam tu memang superb, 9/10 bintang aku boleh kasi. Cuma, bila aku up status di Facebook, tentang Flora Terrace ni, ada seorang kawan aku yang bekerja di Hampshire Place, responnya kepada status aku tentang ‘bad service’ Flora Terrace. Mungkin on the time dia datang, dia tak berpuas hati dengan servis di sini. Mungkin masa dia datang, mata dia memerhatikan something bad yang ada kat restoran ni. Tapi aku pasti, management Flora Terrace sentiasa memperbaiki kualiti Restoran Flora Terrace ni kan? Bagi aku, Flora Terrace got potential untuk lebih maju sebab food dia sedap, dan idea untuk deco dia memang terbaik! Best of Luck Flora Terrace. 

Aku rekemen Flora Terrace untuk korang adakan event korang kat sini. InsyaAllah layanan diorang sentiasa baik dan bertambah baik.

Untuk booking, boleh kontek pihak Flora Terrace di Facebook Flora Terrace atau direct call ke 03-21810872.

FLORA TERRACE

157 Hampshire Place, A-LG-1, Lower Ground Floor, No.1 Jalan Mayang Sari50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
11.00 am – 11.00 pm (Isnin – Jumaat)
11.00 am – 1.00 am (Sabtu)
Ahad TUTUP
Selamat Menjamu Selera..burppp alhamdulillah..:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Restoran Flora Terrace, Hampshire Place KL || Spaghetti Salted Fish memang rare!

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *