March 29, 2024

Sayang isteri tinggal-tinggalkan…

Dari sebelum aku akil baligh hingga ada anak seorang sekarang ni, memang aku selalu dengar ayat power ni, ” Sayang bini, tinggal-tinggalkan..sayang anak tangan-tangankan” terutamanya bila bos aku mohon aku untuk setelkan tugasan di luar kawasan.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak sanggup aku nak tinggalkan bini untuk perkara yang takde faedah. Kerja di luar kawasan a.k.a outstation/duty travel ni berfaedah la kan, dapat gak duit tambahan kan.

ALhamdulillah. Perancangan Allah s.w.t memang hebat, tahun lepas, separuh daripada masa aku untuk kerja di laut, dan tahun ni, memang kerja aku lebih banyak di darat. Dia bagi aku chance untuk tengok anak membesar dengan jayanya.

Sebulan, hanya seminggu dua aku akan tinggalkan isteri sebab sayang..tapi untuk tangan-tangankan anak sebab sayang, seawal usia 4 bulan ini, memang takla..

 

Orang cakap, sayang anak tangan-tangankan untuk mendidik..tapi ada had usianya. Baby Dayyan Harith ni, even dia melalak atau pancut air kecil merata-rata, memang tak pernah hati aku ni terasa sakit dengan perangainya yang sentiasa berubah ikut bulan. Nak-nak, bila dah lega pancut kencing, dia akan tersenyum dan ter’keh keh’ manja dengan muka innocent..

One day, insyaAllah ddy akan ‘tangan-tangankan’ sekiranya Dayyan ada buat salah. So boy, you better watch out….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Sayang isteri tinggal-tinggalkan…

  1. terima kasih di atas sedikit ilmu pada pagi ni… Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan… Semoga berjaya membentuk keluarga bahagia…

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *